Fak ta Vak sin
Vaksin diperkenalkan oleh Edward
Jenner, seorang doktor Inggeris yang
berjaya menghapuskan smallpox. Pada
tahun 1796, Jenner mendapat tahu yang
pemerah susu pada waktu itu jarang
mengalami smallpox kerana sering
mendapat cowpox.
Bermula daripada situ, Jenner
memulakan proses pencarian vaksin
untuk smallpox dengan memberi
suntikan nanah cowpox daripada
seorang pemerah susu kepada James
Phipps yang merupakan sukarelawan
pertama dalam percubaan vaksin
smallpox.
Kemudian, Phipps mula mendapat
simptom penyakit cowpox akibat
suntikan nanah tersebut. Setelah
Phipps pulih dari cowpox, Jenner telah
memberi suntikan nanah smallpox
pula.
Sehubungan dengan itu, Phipps
tidak mendapat sebarang penyakit dan
membuktikan teori Jenner, cowpox
boleh membuat seseorang itu kebal
daripada smallpox.
Edward Jenner memberi suntikan nanah cowpox kepada James Phipps.
Lukisan luka cowpox oleh untuk eksperimen Edward Jenner.
SASARAN EDISI 82 56