1st Edition 2020 | Page 55

negara yang sedang berlumba untuk memajukan kajian vaksin ini perlu dijaga. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa negara untuk bekerjasama seperti China, United Kingdom, Korea Selatan, India, dan Bosnia. Katanya, beberapa negara tersebut telah menghubungi Malaysia untuk menyatakan minat mereka bekerjasama untuk mengadakan ujian klinikal Covid-19. Tambahan pula, Malaysia sesuai untuk dilibatkan dalam proses percubaan vaksin manusia kerana ianya negara yang berbilang kaum yang mempunyai semua sifat Covid-19 iaitu A, B dan C. Khairy Jamaluddin juga menjelaskan bahawa tiga kementerian iaitu Kementerian Luar, Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi serta KKM berganding bahu untuk memastikan Malaysia akan mendapat formula vaksin Covid-19. Pada sidang media 23 April, Dr Noor Hisham mengesahkan bahawa Malaysia sedang berbincang dengan dua syarikat dari China yang sedang membangunkan vaksin COVID-19 untuk mengadakan percubaan klinikal di Malaysia. “Kami masih lagi dalam proses perbincangan, jadi kami berharap perbincangan ini akan berjaya dan Malaysia boleh dijadikan sebahagian daripada penyelidikan tersebut,” katanya. Buat masa sekarang, masih lagi tiada vaksin atau ubat yang diluluskan untuk merawat virus Covid-19. Namun, China adalah antara negara yang telah meluluskan dua percubaan vaksin manusia untuk membasmi pandemik global ini. Kronologi Pandemik Antonine Plague 5M Black Death 200M Smallpox 56M SARS 770 Spanish Flu 40-50M 2002-2003 Ebola 11.3K 165-180 AD 1520 2014-2016 1347-1351 1918-1919 Swine Flu 200K 2009-2010 COVID-19 516K 2019-masih berterusan SASARAN EDISI 82 55