1st Edition 2020 | Page 54

Selagi tiada vaksin yang dihasilkan, rakyat Malaysia perlu meneruskan enam kriteria utama yang ditentukan oleh KKM iaitu mengetatkan kawalan sempadan, menjaga kawalan pergerakan, meningkatkan fasiliti kesihatan, menjaga golongan berisiko tinggi seperti warga emas, pesakit yang sedang dirawat dan orang kurang upaya (OKU), mengadaptasi norma baharu kehidupan dan melindungi komuniti seperti kawasan zon hijau. Dr Noor Hisham juga tambah, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, rakyat Malaysia disarankan untuk terus mengawal pergerakan mereka dan keluar rumah jika perlu sahaja. Setakat ini, tidak ada data dalam kertas penyelidikan yang menunjukkan antibodi dihasilkan seseorang pesakit pulih daripada COVID-19 itu akan dilindungi daripada dijangkiti semula. Ini dibuktikan lagi apabila lima pesakit yang sembuh daripada Covid-19 di Sandakan dan Kinabatangan masih lagi dijangkiti dengan virus tersebut setelah melalui ujian pengesahan ulangan. “Sebagaimana saya maklumkan sebelum ini, ada dua kemungkinan. Satu kemungkinan ialah mereka dijangkiti semula, jadi sebelum mereka didiscaj, kami akan memberikan mereka kaunseling untuk mencegah daripada jangkitan semula,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media pada 21 April. “Kedua, jika kami membuat ujian dan ia mungkin akan kembali menjadi positif tetapi positif yang lemah dimana peluruhan virus sedang berlaku. Dalam keadaan ini, walaupun ujian didapati positif lemah tetapi ia tidak menjangkiti dan itulah proses 'virus shedding',” katanya lagi. Dr Noor Hisham juga memberitahu bahawa sebelum ini terdapat pesakit rakyat Brunei yang dibenarkan pulang didapati positif apabila kembali ke negaranya. Dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Kementerian Kesihatan Brunei, virus tersebut didapati jenis positif yang lemah. “Kami bersedia untuk menerima prototaip vaksin untuk melanjutkan kajian supaya kami dapat memantau jika ianya berkesan atau tidak,” jelasnya. “Namun, setelah vaksin itu dikenal pasti, kami perlu menjalankan kajian sendiri dahulu kerana sesetengah vaksin boleh memberi kesan sampingan. “Dan apabila ia sudah dikenal pasti, kami mahu memastikan bahawa Malaysia akan diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin untuk negara kita,” kata Dr Noor Hisham. Malaysia mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan vaksin tersebut, tetapi ia boleh menyumbang dari segi pembuatan vaksin setelah formulanya dihasilkan. Oleh itu, kerjasama dengan SASARAN EDISI 82 54