Gambar hiasan
sehingga wujudnya jurang
komunikasi dalam keluarga dan
hal ini juga akan membantutkan
perkembangan sosial mereka.
Tambahan pula, isu ini juga boleh
menyebabkan krisis komunikasi
berlaku antara mereka. Jika krisis
seperti ini terjadi, maka ianya akan
menjadi isu komunikasi yang baharu
terhadap mereka.
Media massa merupakan satu
saluran yang digunakan untuk
menyebarkan mesej dengan tujuan
untuk menarik perhatian penonton
yang ramai (Mohamad Hafifi, Nurzali,
Jamilah dan Darshan, 2017). Terdapat
satu perkataan yang kita sering dengar
dan amat digemari oleh remaja pada
masa ini iaitu media sosial. Ianya
telah mendapat di kalangan remaja
terutamanya bukan sahaja di Malaysia
malah di serata dunia. Mereka boleh
membuat suatu akan peribadi dan
berkomunikasi dengan orang ramai
tanpa sekatan di seluruh dunia.
Antara contoh jaringan media sosial
yang terkenal pada masa kini seperti
Facebook, Youtube, Twitter, Blog,
WhatsApp, Telegram, WhatsApp,
Instagram dan banyak lagi.
Komunikasi ialah suatu proses
dimana ia akan mewujudkan,
memproses dan bertukar maklumat
antara individu, kumpulan atau
organisasi sosial. Komunikasi ini wujud
adalah untuk memberi manusia dapat
mencipta komunikasi yang berterusan,
bertukar pendapat, saling berkongsi
pengetahuan dan berhubung antara satu
sama lain. Ibu bapa adalah insan yang
paling tepat untuk memainkan peranan
dalam proses komunikasi tidak kira
bersama anak-anak ataupun dengan
saudara-mara.
SASARAN EDISI 82 50
Seperti yang kita tahu bahawa remaja
merupakan kumpulan sasaran kepada
pencipta-pencipta aplikasi di media
sosial dalam memperkembangkan
jurang dan pasaran mereka di serata
dunia. Golongan ini adalah pengguna
terpenting dalam pembentukan
media sosial seperti rangkaian sosial,
perkongsian gambar dan video.
Kebanyakan remaja pasa masa ini telah
lahir pada zaman penggunaan media
sosial dan gadjet yang sangat pesat.
Hal ini telah menyebabkan kebanyakan
daripada mereka agak sukar untuk
berjauhan dengan gadjet mereka
Penggunaan teknologi kepada
remaja boleh mendatangkan dua kesan
iaitu kesan yang positif serta negative.
Kesan positif yang boleh mereka ambil
daripada perkara ini ialah mereka boleh
memanfaatkan kelebihan ini untuk