KRISIS KOMUNIKASI
Media Massa dan teknologi Penyebab Runtuhnya
Komunikasi Seseorang Remaja?
-Arrif Zainol
Pada zaman era globalisasi dan
serba moden ini, kita tidak
boleh menafikan bahawa
perkembangan teknologi dan
digital semkain berkembang maju.
Ianya adalah salah satu perkara yang
kita boleh banggakan kerana tahap
pemikiran sesorang juga akan boleh jadi
lebih matang dan berdaya saing. Hal
ini juga dapat memberikan pengaruh
yang besar terhadap pembangunan
diri tidak kira dewasa ataupun kanakkanak.
Kita tidak perlu lagi untuk
keluar jika ingin mendapatkan sesuatu
informasi. Segala informasi yang kita
ingin dapatkan hanya boleh didpatkan
hanya di hujung jari dan tidak mengira
tempat. Walaupun begitu, terdapat juga
kesan sampingan yang agak negatif
jika orang ramai tidak pandai untuk
menggunakan teknologi itu dengan
sebaik-baiknya.
Artikel kali ini adalah untuk
memfokuskan tentang kesan-kesan
sampingan kepada remaja terutamanya
jika ramai antara mereka diluar
sana tidak tahu tentang bagaiman
untuk mengawal dan menggunakan
teknologi ini dengan sebaik-baiknya.
Salah satu pengaruh yang besar
kepada pembangunan diri adalah pada
golongan remaja. Golongan ini lebih
gemar untuk menghabiskan masa
seharian mereka dengan mengakses
SASARAN EDISI 82 49
internet. Mereka kerap dengan telefon
pintar mereka tidak kira walau dimana
mereka berada. Golongan ini juga
lebih gemar untuk bermain permainan
video dan bersosial di media sosial
berbanding berkomunikasi dengan
keluarga terutamanya dengan ibu
bapa mereka sendiri. Mereka juga
lebih gemar untuk berkongsi masalah
mereka di media sosial berbanding
dengan keluarga yang terdekat.
Terdapat banyak juga kajian
yang lepas telah mengkaji isu ini.
Para pengkaji berpendapat bahawa
penggunaan teknologi secara berlebihan
akan menyebabkan komunikasi antara
dua hala akan kurang berkesan