bagi mereka yang masih di bangku
pengajian, mereka boleh mendapatkan
informasi-informasi yang berkenaan
dengan pelajaran mereka dengan
mengkases di internet. Hal ini dapat
membantu mereka dengan menyipakan
tugasan yang diterima dengan pantas
dan efisien.
Namun begitu, jika penggunaan
teknologi dan media sosial ini tidak
pandai dikawal oleh kalangan remaja,
ianya juga akan mendatangkan kesan
negative kepada mereka. Antara
kesan negatifnya ialah perkembangan
dari segi cara mereka berkomunikasi
secara “verbal” akan berkurangan.
Mereka mungkin akan berasa janggal
apabila ingin bercakap secara berdepan
ataupun apabila disuruh bertutur di
kalangan ramai. Selain itu, kesan
negative yang akan terjadi adalah
masalah obesiti di kalangan remaja
juga akan meningkat. Jika mereka
lebih gemar bermain permainan video
daripada bermain menggunakan fizikal
di luar rumah, kalori yang terdapat
di dalam badan mereka tidak akan
terbakar. Hal ini akan menyebabkan
berat badan mereka akan mendadak
naik dek kerana peningkatan jumlah
kalori yang diterima oleh badan.
Sejajar dengan perkembangan
dunia, teknologi dan media massa
telah membenarkan seluruh manusia
di dunia ini untuk berhubung antara
satu sama lain dengan cepat dan
dimana saja. Komunikasi secara lisan
akan dapat menjadikan hubungan
yang kukuh antara satu sama lain.
Namun, kewujudan media sosial dan
aplikasi atas talian telah menyebabkan
komunikasi dua hala secara “verbal”
telah berkurang terutama sekali dalam
sebuah keluarga antara anak- anak dan
ibu bapa.
Ibu bapa perlulah memainkan
peranan mereka sebagai orang yang
lebih matang dan tua dalam sesebuah
keluarga dalam menangani isu ini
kerana kini keutamaan anak-anak
terutama golongan remaja adalah
lebih tinggi terhadap media sosial
dan teknologi terkini seperti telefon
pintar dan sebagainya. Bahkan, ibu
bapa adalah orang yang pertama perlu
bertanggungjawab jika anak-anak
mereka telah dikenakan ancaman
siber atau apa-apa perkara jenayah
yang berkaitan dengan siber dan
teknologi. Jadi, ibu bapa dinasihatkan
supaya berusaha dengan lebih
dalam mengajar anak-anak untuk
menggunakan media massa dan
teknologi secara betul dan selamat.
SASARAN EDISI 82 51