1st Edition 2020 | Page 31

seperti yang diinginkan serta tersalah cara memasak membuatkan pengikut Facebook yang lain sangat terhibur dengan kerenah itu. Namun begitu, platform ini bukan sekadar untuk perkongsian masakan bagi para isteri, ruangan ini juga turut menjadi tempat untuk para suami atau lelaki bujang mempunyai kemusykilan mengenai resepi, kandungan bahan dalam masakan dan lain-lain. Kaum lelaki juga turut tidak ketinggalan untuk berkongsi masakan mereka sepanjang musim PKP ini. Seterusnya, ia menjadi semakin tular apabila mereka membandingkan masakan para lelaki dan wanita. Selain itu, terdapat beberapa video dan gambar yang telah di muat naik menyebabkan masyarakat tidak kering gusi kerana kejutan resepi yang dikongsi oleh mereka. Perkongsian ini juga dapat mengurangkan tekanan ketika menghadapi krisis seperti ini. Di samping itu, aktiviti duduk di rumah ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan sudah tentu pelbagai aktiviti akan dilakukan di rumah. Peluang seperti ini haruslah digunakan sebaik mungkin oleh semua pihak dalam pada masa yang sama dapat mengurangkan penularan wabak ini dari terus tersebar. Ibu bapa perlu mengambil peluang keemasan ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak yang tidak dapat dilaksanakan pada hari-hari biasa. Walaubagaimanapun, ada segelintir netizen yang memberi respon yang negatif kepada individu tersebut dengan kata-kata yang negatif daripada beberapa pihak. Hal ini telah menyebabkan ruangan MATJHI telah terpalit dengan kata-kata negatif. Walaupun sudah membuat laporan polis, dan komen itu telah dipadam setelah dikecam hebat oleh ahli halaman tersebut ia ini boleh menyebabkan timbulnya ketidakselesaan antara kaum di media sosial. Kepada segelintir masyarakat yang suka memberi komen di ruangan komen, mereka di nasihatkan supaya menjaga tutur kata dan tidak menggunakan bahasa yang kasar supaya hal-hal yang tidak diingini berlaku di masa hadapan. Ruangan tersebut ditubuhkan hanya sekadar untuk perkongsian masakan dan dapat mengurangkan tekanan sepanjang tempoh kawal pergerakan ini dilaksanakan akan tetapi sekiranya berlaku pergaduhan, maka hilanglah keamanan dan kesejahteraan dalam sesebuah komuniti. Pengguna media sosial juga diingatkan supaya tidak membebani pihak berkuasa dengan masalah yang remeh-temeh. Cubalah bersikap lembut dan saling menegur antara satu sama lain supaya ruangan tersebut tidak akan SASARAN EDISI 82 31 dikecam oleh ahli ruangan bilik yang lain. Perkongsian yang disiarkan itu hanyalah sekadar gurauan sematamata, orang ramai tidak perlu terlalu mengambil serius apabila terdapat komen-komen negatif di ruangan tersebut. Ada segelintir pembaca sangat terhibur dengan perkongsian tersebut dan ada juga dalam kalangan mereka yang mahir dalam masakan turut berkongsi dengan memberi tips dalam masakan.