ISU SEMASA
- Ezziana Izudin
Baru-baru ini telah tular di
media sosial tentang rakyat
Malaysia yang memenuhi
masa terluang mereka
dengan mencuba kemahiran baru
dalam masakan. Sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dilaksanankan, pelbagai resepi popular
telah dicuba oleh masyarakat dan
dikongsi di laman media sosial masingmasing
temasuklah resepi turun
temurun daripada masakan tradisional
sehingga masakan Barat.
Lebih mencuit hati apabila satu
laman media sosial Facebook telah
menubuhkan satu ruang bilik iaitu @
Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official
MATJHI) telah menarik perhatian
masyarakat untuk berkongsi dan
bercerita tentang masakan mereka yang
tidak menjadi.
Ada segelintir pembaca sangat
terhibur dengan perkongsian tersebut
dan ada juga dalam kalangan mereka
yang mahir dalam masakan turut
berkongsi dengan memberi tips dalam
masakan.
Perkara ini semakin tular di semua
laman media sosial dan sering menjadi
perhatian warganet di seluruh negeri
termasuklah Perdana Menteri Malaysia,
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut
berkongsi tentang ruangan ini di sidang
media harian baru-baru ini.
Pelbagai karenah dan gambar telah
dikongsi mengenai masakan yang tidak
menjadi itu. tidak mengira bangsa dan
budaya, ramai yang mengambil inisiatif
ini untuk berkongsi masakan keunikan
masakan mereka.
Dalam pada itu, ia dapat memenuhi
masa terluang mereka dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan ini. Pengikut
ruangan tersebut telah meningkat
sehingga lebih satu juta pengikut di
seluruh Malaysia.
Sejak platform itu diwujudkan
pada 14 April lalu, terdapat banyak
pengalaman pahit dan manis yang
dikongsi oleh masyarakat antaranya
insiden kek hangit, terlebih perasa
dalam makanan, kuih tidak menjadi
Antara masakan yang tidak menjadi yang dikongsi oleh netizen
SASARAN EDISI 82 30