mudah.
Secara tidak langsung,
penggunaannya sedikit sebanyak
dapat membantu masyarakat dari
terus menyebarkan unsur negatif
dalam sesuatu maklumat itu.
Pangkah silang juga membantu
memudahkan proses orang
ramai untuk mendapatkan apa
jua maklumat pencarian mereka
kerana dengan menggunakan
pangkah silang dalam pencarian
di laman media sosial mahupun
carian Google, orang ramai akan
lebih cepat menjumpai apa yang
dimahukan.
Hal ini kerana, penggunaannya
memfokuskan kepada pencarian
kata kunci di mana ia lebih
ringkas berbanding pencarian
menggunakan ayat.
Dalam pada dunia sedang
mengawal serta melawan arus
pandemik COVID-19, pengguna
media sosial seharusnya
mengelakkan diri mereka dari
terus menggunakan pangkah
silang yang membawa maksud
negatif kerana perkara ini boleh
mengundang panik dan salah
faham orang ramai.
Selain itu, penggunaan
pangkah silang yang positif
dapat membantu dalam
menyampaikan aura positif
sekaligus memberi harapan yang
baik dan mampu menguatkan
kekuatan mental kepada mereka
yang sedang melawan virus ini
dari tubuh mereka.
Terdapat pelbagai jenis
pangkah silang yang boleh
digunakan dan semakin
popular pada masa ini. Kita
seharusnya bertanggungjawab
dalam menggunakannya pada
keadaan genting ketika ini untuk
menyebarkan aura positif kepada
orang ramai.
Walau bagaimanapun,
penggunaan pangkah silang yang
popular pada masa pandemik ini
seperti #dudukrumahdiamdiam
#WeWorkForYou #Kitajagakita,
#staysafe dan sebagainya sedikit
sebanyak dapat membantu
orang ramai mengingati bahawa
penjagaan diri adalah penting
dan mengikuti arahan kerajaan
dalam tempoh ini amatlah penting
seterusnya, dapat mengekalkan
tahap berjaga-jaga dalam kalangan
masyarakat.
Penggunaan pangkah silang
yang berlainan membawa maksud
yang berbeza, gunakannya dengan
berhemah dan peningkatan
kesedaran diri amatlah penting
supaya secara tidak langsung
kita dapat membantu Malaysia
menangani penularan wabak
COVID-19 ini dari terus merebak.
Jusretu itu, penggunaan
pangkah silang sedikit sebanyak
membantu orang ramai dalam
memberi kerjasama dalam
pengawalan wabak COVID-19 ini.
SASARAN EDISI 82 29