Punca wabak yang masih menjadi tanda Tanya ini telah menyebabkan ramai
orang mulai panik dan runsing akan kehidupan seharian yang bakal berubah pada
masa hadapan. Penularan wabak koronavirus sedikit sebanyak telah menjejaskan
beberapa sektor di negara ini termasuklah sektor ekonomi dan pelancongan.
Lebih merunsingkan lagi, apabila kerajaan mengisytiharkan bahawa pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pertengahan bulan Mac dilanjutkan sehingga
awal Jun 2020, secara tidak langsung ia telah menyebabkan ramai rakyat hilang
pekerjaan dan sumber pendapatan.
Dalam pada itu, petugas barisan hadapan seperti doktor, polis, askar, wartawan
dan sebagainya bertungkus lumus dalam menjayakan perlaksanaan kerajaan bagi
membanteras penularan wabak daripada terus menular ke seluruh negeri.
Di samping itu, walaupun negara kita sedang dilanda musibah virus COVID-19,
dalam tidak sedar terdapat banyak kata-kata semangat dan kempen kesedaran
dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membantu mereka yang terlibat untuk sentiasa
terus bersemangat dalam
memerangi virus ini.
Kempen-kempen yang
dilaksanakan di laman media
sosial terutamanya telah
mendapat reaksi yang luar biasa
dari seluruh rakyat di Negara
dan secara tidak langsung telah
menyebarkan aura positif dalam
memastikan rakyat kekal tenang
dalam menghadapi situasi ini.
Penggunaan pangkah silang
(hashtag) merupakan satu cara
yang tidak asing lagi pada era
ini dalam menyebarkan mesej
secara ringkas kepada orang
ramai menerusi laman media
sosial seperti Twitter, Instagram,
Facebook dan sebagainya.
Sementara itu, penggunaan
pangkah silang ini juga
telah menular ke kaca televisyen dan merata tempat sebagai usaha orang ramai
menyebarkan aura positif dengan lebih meluas.
Terdapat sebuah artikel dari laman SocialMediaToday bertarikh 15 Februari
2018 bertajuk ‘Everything you need to know about hashtag’ oleh Isabella Andersen
menyatakan bahawa penggunaan orang ramai perlu tahu akan penggunaan hashtag
atas apa tujuan yang mereka mahukan.
Laporan dari media tentang COVID-19 yang memaparkan tentangnya telah
menunjukkan bahawa penggunaan hashtag di media sosial sudah menjadi satu
kebiasaan dan is merupakan perkara yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan
pengguna.
Sementara itu, ia juga berdasarkan cara individu menggunakannya dalam
menyampaikan mesej berkaitan, ada daripadanya menggunakan pangkah silang
ini sebagai cara untuk menyatakan sesuatu perkara namu ada sesetengah yang
menggunakannya untuk menyampaikan maklumat dengan lebih ringkas dan
SASARAN EDISI 82 28