ISU SEMASA
BERWASPADA DENGAN
PENIPUAN DALAM TALIAN
- Ahmad Hanif Rozani
Pada masa ini tidak dapat
dinafikan bahawa masalah
penipuan dalam talian telah
menjadi isu hangat dalam
kalangan masyarakat semasa pandemik
COVID-19.
Antara faktor yang mengakibatkan
kenaikan kadar jenayah ini adalah salah
satu darinya berpunca dari kemelesetan
ekonomi negara yang bukan sahaja
telah menyebabkan peningkatan jumlah
pengangguran, bahkan mendorong
pertumbuhan kes jenayah.
Salah satu jenayah yang semakin
berleluasa adalah kes penipuan
dalam talian. Hal ini terjadi berikutan
terdapat ramai individu terdesak ingin
mendapatkan wang dengan segera
dan sanggup melakukan sesuatu yang
melanggar undang-undang Negara.
Dalam pada itu, hal ini pernah
diramal oleh teori ekonomi di mana
kes jenayah siber seperti penipuan,
pancingan data dan penipuan dalam
talian semakin popular dalam kalangan
penjenayah selepas berlakunya
kemerosotan ekonomi.
Trend ini dapat dilihat menerusi
Krisis Ekonomi 2008-2009 selepas
beberapa kajian menunjukkan kaitan
antara pengangguran dan jenayah siber,
dengan penipuan di internet meningkat
sebanyak 33 peratus dalam tempoh
tersebut.
Selain itu, kes ini terus berulang
dalam tempoh pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan sejak 18 Mac lalu
selepas pihak Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit (AKPK) mendapat
aduan mengenai penipuan pembelian
barang atas talian
Menurut Pengurus AKPK
Cawangan Kota Bharu, Mohd
Rizauddin berkata penguatkuasaan
PKP menyebabkan orang ramai
lebih bergantung kepada penggunaan
medium atas talian untuk membeli
barang keperluan harian.
Dalam situasi ini, ada sesetengah
pihak berniat buruk serta mengambil
kesempatan untuk mengaut keuntungan
dengan cara yang mudah dan menjual
barangan dengan harga yang lebih
tinggi daripada biasa.
Berikutan itu, ada juga sesetengah
daripadanya mengambil kesempatan
untuk menipu pembeli yang terdesak
mendapatkan barang penting seperti
cecair pembasmi kuman serta penutup
hidung dan mulut.
Dalam Ops COVID-19 yang
dijalankan sepanjang sebulan
pelaksanaan PKP, Polis Selangor telah
melaporkan sebanyak 150 kes penipuan
dalam talian di Selangor berkaitan
penjualan penutup topeng dan muka
yang menyebabkan jumlah kerugian
sebanyak RM1.9 juta.
SASARAN EDISI 82 25