1st Edition 2020 | Page 18

ISU SEMASA Baru-baru ini, situasi pandemik telah memberi tamparan yang hebat tidak hanya kepada rakyat Malaysia malah hampir ke seluruh dunia menghadapi situasi yang sama dan memberi cabaran kepada ekonomi serta pentadbiran negara. Hal ini kerana, masyarakat perlu membiasakan diri mereka untuk tidak terlalu bebas menjalankan aktiviti harian mereka seperti sebelum berlakunya wabak COVID-19 ini. Dalam pada itu, 24 April 2020 merupakan hari pertama umat Islam menyambut Ramadan dalam suasana yang sedikit berbeza ekoran penularan wabak COVID-19. Namun begitu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan ini tidak menghalang umat Islam untuk menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Selain itu, rakyat seharusnya bersyukur dan terus menjalankan tanggung jawab sebagai rakyat yang prihatin seperti disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin supaya kekal berada di rumah dan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah diunjurkan sebagai usaha memutuskan rangkaian wabak dari terus menular. Sudah menjadi kebiasaan untuk umat Islam ke bazar Ramadan setiap tahun bagi mencari juadah berbuka namun, berbeza dari tahun sebelumnya kerajaan telah bersetuju untuk tidak membenarkan mana-mana bazar beroperasi ekoran penularan wabak COVID-19. Terma ‘The New Normal’ yang diguna pakai oleh kerajaan boleh juga dikaitkan dengan bulan Ramadan pada tahun 2020 ini yang membawa erti umat Islam harus membiasakan diri mereka di bulan mulia ini dengan mengamalkan kesederhanaan dalam beribadah. Antara kesan ketara yang dapat dilihat melalui pelaksanaan PKP ini adalah tiada lagi amalan balik ke kampung bagi menyambut Ramadan, Gambar hiasan PKP : TIADA PEMBAZIRAN MAKANAN - Nur Syuhada Ramli SASARAN EDISI 82 18