Perasaan gemuruh akan menyebabkan
anda mempercayai segala berita dan info
yang anda terima. Oleh itu, pastikan
anda dalam keadaan bertenang dan
kurangkan stress sewaktu PKP ini. Adalah
lebih disyorkan untuk rakyat Malaysia
melakukan aktiviti berfaedah bersama
keluarga dan meluangkan lebih masa
bersama.
MEMBUAT LAPORAN KEPADA
KKMM
Berita palsu bukanlah perkara yang
boleh dipandang remeh kerana ia dapat
mendatangkan kemudaratan kepada ramai
orang terutamanya kepada golongan yang
lebih mudah untuk mempercayai berita
tersebut.
Semasa PKP dilaksanakan,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM) telah dapat mengesan
beberapa berita palsu yang berleluasa di
media sosial.
Sekiranya anda merasakan bahawa
terdapat berita palsu pada maklumat yang
diterima, segera membuat laporan kepada
KKMM kerana seperti yang kita tahu ia
merupakan satu kesalahan yang besar.
Menurut Menteri Pertahanan
Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata sewaktu sidang media pada 4
April 2020 yang lalu, beliau menegaskan
bahawa kerajaan tidak akan memberi muka
kepada sesiapa yang bertanggungjawab
dalam menyebarkan berita palsu.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab, kita haruslah
mengelakkan diri daripada terlibat
dengan menyebarkan berita palsu dan
juga melaporkan kepada pihak yang
bertanggungjawab. Hal ini kerana, ia
dapat mengelakkan daripada orang ramai
akan lebih terpengaruh dengan berita
tersebut.
Di saat negara sedang berperang
dengan wabak COVID-19, kita perlu
membantu satu sama lain dengan tidak
mencetuskan salah faham dan demi
menjaga keselamatan negara.
Tambahan pula, pada situasi genting seperti sekarang kita haruslah
lebih bijak memilih dan membaca berita dengan lebih teliti supaya tidak
mencetuskan salah faham dab sentiasa memastikan ketepatan sesuatu
infromasi.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita seharusnha bersama
membantu menjaga keselamatan negara dan melindungi Malaysia daripada
peningkatan wabak COVID-19 dan dalam pada itu, sering diingatkan untuk
sentiasa memastikan ketepatan sumber sesuatu maklumat yang diperoleh
adalah dari sumber yang sahih.
SASARAN EDISI 82 17