Aplikasi Twitter, di mana seorang individu lelaki
mendapati bahawa ibunya mempercayai yang informasi yang
tular di aplikasi Whatsapp mengatakan bahawa daun pudina
dapat menghalang virus COVID-19 daripada memasuki
kediaman mereka lalu menggantungkan daun tersebut di pintu
tanpa memeriksa kesahihanya dahulu.
Bukan itu sahaja, sebuah akhbar bahasa Inggeris juga
telah mencetuskan salah faham di mana mereka melaporkan
bahawa panggilan ‘Talian Kasih’ telah meningkat sebanyak
57 peratus hanya untuk kes penderaan domestik sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga akhir Mac 2020
yang lalu.
Dapat dilihat di sini bahawa pengaruh teknologi masa kini
mampu membuatkan ahli keluarga dan orang sekeliling kita
mempercayai informasi yang disebarkan tanpa memeriksa
kesahihan informasi tersebut. Perkara ini membuatkan
kita terfikir, golongan manakah yang lebih senang untuk
mempercayai berita palsu yang disebarkan?
Adakah golongan warga emas, mahupun golongan
millenial? Medium manakah yang lebih cenderung dalam
menyebarkan maklumat yang tidak betul? Juga apakah
tanggungjawab kita bagi memastikan penyebaran berita palsu
dapat dihentikan?
Menurut laman web YouGov, kandungan berita digital
menjadi pilihan yang paling tidak dipercayai oleh masyarakat.
Hal ini kerana, pada era kini, segala berita disebarkan hanya
melalui hujung jari dan tambahan lagi kesahihan dan ketepatan
informasi yang disiarkan masih tidak diketahui.
Oleh itu, sebagai golongan millenial kita haruslah bijak
dapat meneliti informasi yang diperolehi mahupun informasi
yang diterima oleh orang sekeliling.
MEMERIKSA KANDUNGAN INFORMASI
Dalam menangkis berita palsu sewaktu COVID-19, kita
harus memeriksa butiran dan kesahihan berita yang diterima
sama ada dari segi sumber mahupun kandungan berita itu
tersendiri. Sebagai contoh, kita harus memeriksa siapa yang
telah mengeluarkan informasi tersebut dan adakah ia dari
sumber yang dipecayai.
Hal ini demikian kerana, bukan kita sahaja yang membaca
informasi tersebut, namun ramai lagi yang akan mendapat
info yang sama dan berikutnya. Perkara tersebut akan terus
disampaikan secara berlanjutan, dan sekiranya berita yang
diterima dan disampaikan kepada orang lain adalah berita palsu,
bermakna kita juga bertanggungjawab dalam penyampaian
maklumat tersebut.
Sehingga tahun 2017, The Digital News Report
telah mencatatkan bahawa rakyat Malaysia merupakan
pengguna Whatsapp terbanyak di dunia iaitu sebanyak 51
peratus. Jumlah tersebut membuktikan bahawa penyebaran
maklumat lebih mudah di aplikasi Whatsapp, contohnya
seperti mesej berantai yang tiada tiada kesahihannya.
Oleh itu, adalah penting untuk kita memeriksa dahulu
samada berita yang diterima itu sahih ataupun tidak. Rantaian
berita palsu dapat dicegah dengan tanggungjawab masyarakat
tersendiri apabila mereka sering memastikan bahawa sumber
sesuatu informasi itu benar-benar tepat dah sahih.
JANGAN BIARKAN PERASAAN MENGUASAI DIRI
Wabak COVID-19 sememangnya terkenal dengan virus
pembunuh yang telah mengakibatkan kematian beratus ribu
manusia dan menjangkiti seramai lebih daripada dua juta
penduduk dunia. Disebabkan jumlah berikut, penduduk dunia
mulai hidup dalam ketakutan dan akan mempercayai apa sahaja
maklumat yang diperoleh untuk menyelamatkan diri.
Walaubagiamanapun, apabila difikirkan semula, adakah
informasi tersebut akan dapat melindungi diri kita sepenuhnya?
Wabak tersebut memang amat membimbangkan akan tetapi
penyebaran berita palsu akan mendatangkan bahaya kepada diri
setiap individu.
Sebagai contoh, sekiranya anda menerima berita palsu
menerusi media sosial yang mengatakan bahawa anda boleh
keluar rumah sewaktu PKP tetapi sebenarnya tidak secara tidak
sedar mereka yang melanggar arahan akan dikenakan tindakan
kerana ingkar arahan yang ditetapkan kerajaan. Dapat dilihat
disini bahawa penyebaran berita plasu sedikit sebanyak dapat
mendatangkan lagi pelbagai masalah.
SASARAN EDISI 82 16