ISU SEMASA
- Hajar Umira Md Zaki
Di saat dunia sedang mengalami
masalah pandemik, muncul
segelintir pihak yang
mengambil peluang untuk
menyebarkan berita palsu sekaligus
mendatangkan kekeliruan kepada
masyarakat yang lain.
Berita palsu bukanlah perkara
yang jarang didengar namun, apabila ia
mendapat perhatian masyarakat, secara
tidak langsung ia akan menjadi satu
masalah terutamanya jika informasi yang
telah disebarkan datang daripada sumber
yang tidak relevan.
Dapat dilihat sebagaimana keadaan
pandemik COVID-19 terjadi di Malaysia,
pelbagai spekulasi mengenai wabak yang
menular telah muncul yang di antaranya
adalah seperti ia dapat diubati dengan
makanan tradisional masyarakat Melayu
di Malaysia yang telah disebarkan melalui
aplikasi Whatsapp dan juga virus dapat
dinyahkan dengan hanya meminum air
suam.
SASARAN EDISI 82 15