1st Edition 2020 | Page 19

tiada bazar Ramadan serta tiada pelaksanaan solat terawih di masjid. Suasana ‘The New Normal’ ini pasti memberi kesan kepada setiap individu kerana harus menjalani kehidupan seharian berbeza dari kebiasaan. Sementara itu, pelaksanaan PKP dapat membantu dalam mengurangkan pembaziran makanan dari terus berlaku kerana jumlah pembaziran makanan yang tinggi pada bulan Ramadan memaparkan sikap negatif sebilangan masyarakat di negara ini. Pada tahun 2019, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menganggarkan bahawa bertan-tan makanan yang masih elok dibuang ke dalam tong sampah pada bulan Ramadan. Kira-kira 4000 tan sehari dibazirkan oleh masyarakat kerana terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli juadah di bazar. Perkara ini seharusnya tidak boleh dipandang enteng oleh sebilangan individu hingga menyebabkan pembaziran makanan yang banyak hampir setiap hari. Selain juadah berbuka puasa yang dibeli di bazar, hidangan bufet yang banyak disediakan oleh hotel, syarikat katering dan lain-lain agensi merupakan penyumbang kepada jumlah pembaziran makanan yang amat tinggi di negara ini. Berbanding tahun sebelumnya, masyarakat lebih mengamalkan sikap berjimat- cermat dengan menyediakan juadah berbuka sendiri ekoran kekurangan wang dan sumber pendapatan kerana banyak sektor pekerjaan dilarang beroperasi pada musim PKP ini dilaksanakan. Sebelumnya, kerajaan telah mencadangkan bazar Ramadan beroperasi secara pandu lalu namun, setelah diteliti kesan dan impaknya, mereka menarik balik cadangan tersebut dan mengehadkan jumlah individu yang keluar pada satu-satu masa. Hal ini juga mengambil kira penjarakkan sosial yang perlu dikekalkan oleh setiap individu bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. Memetik ucapan dari sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk “ Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih- lebihan” (SurahAl-A’raaf:31) Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April 2020 yang menyatakan mesyuarat telah memutuskan sebarang bentuk perniagaan yang berkaitan dengan bazar atau gerai Ramadan termasuk konsep pandu lalu atau tempah dan ambil adalah tidak dibenarkan sama sekali. Namun begitu, perkhidmatan melalui pesanan dalam talian dan dihantar menggunakan e-hailing sahaja yang dibenarkan. Frasa ‘membazir itu amalan syaitan’ dapat dijadikan pedoman dan titik permulaan untuk mengubah cara hidup umat Islam dalam menghadapi bulan Ramadan pada tahun ini yang sememangnya amat mencabar. Umat Gambar hiasan Islam seharusnya lebih sabar dan kekal tenang supaya ibadah yang dijalankan pada bulan mulia ini mendapat keberkatan dariNya. Melalui perlaksanaan PKP ini, masyarakat seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran untuk sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja serta tidak membazir. Belajarlah memenuhi kehendak dan hawa nafsu masingmasing dengan keadaan bersederhana. Sebagaimana firman Allah swt dalam Al-Quran yang bermaksud “Makan dan minumlah, dan janganlah berlebihlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihlebihan” (Surah Al-A’raaf:31). SASARAN EDISI 82 19