1st Edition 2020 | Page 148

Industri media ibarat pesakit COVID-19 - 12 May 2020 Saat dunia berhadapan cabaran pandemik koronavirus (COVID-19), platform media menjadi tumpuan utama lebih satu bilion penduduk dunia bagi mendapatkan berita terkini berkenaan aspek sosioekonomi, kesihatan, kebajikan dan kehidupan seharian mereka. Secara umumnya, seluruh masyarakat dunia menyedari pentingnya industri media di negara masing-masing dalam menyalurkan maklumat sahih berkaitan inisiatif kerajaan dalam menangani Covid-19. Di sebalik platform media sosial yang lebih menjadi pilihan mereka, berita-berita yang disiarkan media cetak arus perdana masih lagi menjadi rujukan kerana laporan yang disiarkan lebih bersifat akauntabiliti, telus dan mendalam (in-depth). Bagaimanapun, industri surat khabar di seluruh dunia kini di ambang kepupusan dek kemunculan pelbagai platform berita dalam talian yang semakin mendominasi pasaran. Hakikat itu diburukkan lagi dengan kesan dahsyat Covid-19 yang menyebabkan jualan akhbar nasional di Malaysia jatuh sebanyak 50 hingga 70 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu. Sinar Harian semalam melaporkan Pengarah Reuters Institute di Universiti Oxford, Rasmus Kleis Nielsen meramalkan kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19 mungkin melenyapkan 10 peratus daripada kesemua tenaga kerja kewartawanan di United Kingdom. Tidak mustahil senario sama juga berlaku di Malaysia, ditambah dengan tindakan penutupan operasi beberapa syarikat akhbar terkemuka negara sebelum ini termasuk syarikat yang sudah bertapak sejak lebih 100 tahun dahulu. Pengarah Eksekutif Sarawak Tribune Press yang menerbitkan akhbar Sarawak Tribune, Dr Jeniri Amir berkata, industri media di Malaysia boleh dianalogikan sebagai pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan drastik daripada kerajaan untuk terus hidup. Menurutnya, akan menjadi satu tragedi besar kepada industri media tempatan sekiranya kerajaan tidak berusaha mempertahankan jagawan estet keempat itu. “Bagi saya, kerajaan mungkin boleh bantu dari segi penyaluran geran khas untuk tempoh enam bulan kepada pemain-pemain industri media arus perdana bagi membolehkan kos gaji sebahagian pekerja ditampung. “Pada saat pandemik Covid-19 ini, kita menyedari kerajaan pun ada had untuk menolong tetapi media konvensional masih berperanan penting kepada negara dan ia tidak boleh dibiarkan pupus begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam. Jeniri berkata, sebagai langkah permulaan, setiap promosi kempen awam kerajaan menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh disalurkan sepenuhnya kepada media arus perdana melalui inisiatif pembelian ruang pengiklanan. Menurutnya, kerajaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan pembelian ruang iklan oleh syarikat GLC dan inisiatif itu walaupun nilai sedikit sekalipun, ia masih boleh membantu industri media. “Saya memuji pendekatan kerajaan Sarawak yang cukup prihatin dengan nasib pengamal media di negeri ini yang terjejas akibat Covid-19 dan menyalurkan bantuan insentif sebanyak RM1,500 seorang kepada mereka. SASARAN EDISI 82 148 “Saya fikir pendekatan sama juga harus dilakukan kerajaan di peringkat Persekutuan untuk membela nasib petugas industri media yang terkesan teruk sepanjang Covid-19. Tidak wajar ada alasan terlepas pandang kerana sumbangan media kepada negara sangat besar,” katanya. Kualiti Jeniri turut menggesa semua media arus perdana untuk meningkatkan kualiti persembahan kandungan berita melebihi kualiti berita yang disiarkan oleh portal media sosial. “Untuk memikat pembaca generasi muda, persembahan kandungan berita menjadi penentu kelangsungan jangka hayat media cetak. “Penyampaian kandungan berita harus dilihat bukan sahaja mengamalkan kebebasan media tetapi kupasan laporan lebih ‘in-depth’ selain penggunaan infografik lebih menarik dan kreatif. “Analogi mudahnya adalah sekiranya hidangan kandungan berita disajikan sama menarik dengan hidangan berbuka puasa, ia akan menarik perhatian pembaca bukan sahaja untuk dinikmati, bahkan diikuti menu-menu untuk hari mendatang,” katanya. Sementara itu, Penasihat Kumpulan Star Media Group yang menerbitkan akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai mengakui peranan kerajaan sangat penting ketika ini dalam membantu memastikan industri media di Malaysia terus bernafas. Bagaimanapun, Chun Wai yang merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Media Group dan mantan Ketua Pengarang Kumpulan tidak melihat kaedah pemberian suntikan dana atau ‘bail out’ daripada kerajaan sebagai satu bentuk solusi bersesuaian. “Bukan tujuan kita untuk meminta