bail out tetapi kerajaan boleh
memperuntukkan dana tertentu untuk
pembiayaan pembelian ruang iklan.
“Selain itu, kerajaan juga boleh
merangka rancangan bersama media
arus perdana untuk penganjuran
aktiviti-aktiviti tertentu sebagai
penaung atau penaja program terbabit,”
katanya.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) Sin Chew Media Corporation
Group yang menerbitkan akhbar
berbahasa Cina, Sin Chew Daily,
Eugene Wong Khang Wen pula, sudah
tiba masanya kerajaan mendengar
rintihan Persatuan Penerbit Akhbar
Malaysia (MNPA) yang meminta cukai
import terhadap akhbar dikecualikan.
Menurutnya, langkah pengecualian
itu dijangka menjimatkan kos operasi
syarikat akhbar cetak sehingga 45
peratus dan memberi suntikan moral
yang sangat bernilai kepada syarikat
media arus perdana.“Selain itu,
tuntutan pengecualian cukai jualan
dan perkhidmatan (SST) terhadap kos
pengiklanan dalam surat khabar juga
amat penting kepada semua syarikat
akhbar cetak.
“Sebelum ini, syarikat pengiklanan
terpaksa menanggung kos SST untuk
menyiarkan iklan di akhbar cetak dan
ia menjadi satu perkara membebankan
mereka.
“Kerajaan perlu menyedari
objektif perniagaan industri media arus
perdana adalah lebih memfokuskan
usaha menjadi jagawan estet keempat
berbanding mengaut keuntungan,”
katanya.
Pakar ekonomi, Profesor Dr
Madeline Berma daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia mengakui
keperluan kerajaan untuk membantu
industri media tempatan dengan segera
sangat signifikan bagi mengelakkan
lebih 2,000 pekerja media di negara ini
kehilangan pekerjaan.
Katanya, sekiranya kerajaan
tidak mengambil tindakan proaktif
sedemikian, dijangkakan sekurangkurangnya
10,000 bilangan isi rumah
akan terkesan dan kehilangan tempat
bergantung.
“Sebenarnya kerajaan sudah
melaksanakan langkah awal membantu
semua sektor industri terjejas menerusi
pemberian skim subsidi upah pekerja,
namun saya melihat keperluan
kerajaan membantu industri media di
Malaysia dari aspek pemberian insentif
khas sebagaimana diberikan kepada
syarikat-syarikat pelancongan sebelum
ini,” katanya.
Walau bagaimanapun, Dr Madeline
optimis masa hadapan industri media
di Malaysia masih cerah dengan para
pemain industri itu dijangka tidak
cukup tangan untuk menguruskan
permintaan pengiklanan yang tinggi
selepas tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.
“Cuma paling penting, media arus
perdana perlu mengekalkan integriti
dan etika kewartawanan tinggi dalam
menyampaikan kandungan berita bagi
memastikan kredibiliti mereka terus
dijunjung pembaca,” kata beliau
“Analogi
mudahnya adalah
sekiranya hidangan
kandungan berita
disajikan sama
menarik dengan
hidangan berbuka
puasa, ia akan
menarik perhatian
pembaca bukan
sahaja untuk
dinikmati, bahkan
diikuti menu-menu
untuk hari
mendatang,”
SASARAN EDISI 82 149
Indeks Kebebasan Media
Dunia 2020: Malaysia Di
Tempat 101, Naik 22 Mata
- 23 April
KUALA LUMPUR: Malaysia
mendaki 22 anak tangga
dalam indeks tahunan
Kebebasan Media Dunia
2020 untuk menduduki tempat ke-101.
Makluman peningkatan ketara
itu dikeluarkan oleh kumpulan bukan
berasaskan keuntungan Reporters
Without Borders (RSF).
Menerusi indeks itu, Malaysia
turut mengatasi rakan serantau dalam
ASEAN termasuk Indonesia (119),
Filipina (136), Myanmar (139),
Thailand (140), Kemboja (144), Brunei
(152), Singapura (158), Laos (172) dan
Vietnam (175).
Menurut RSF, skor Malaysia turun
sebanyak 3.62 mata kepada 33.12
pada 2020, dan skor lebih rendah
menunjukkan lebih kebebasan media.
Dalam pada itu, RSF, menerusi
profil negara, turut menggambarkan
kebebasan media Malaysia itu
mendapat ‘nafas baharu’ selepas
kekalahan mengejut buat pertama
kalinya gabungan parti pemerintah
pimpinan Datuk Seri Najib Razak
dalam pilihan raya umum pada Mei
2018.
Selain itu, ia turut mengambil
perhatian bahawa portal-portal berita
yang disenarai hitam seperti Sarawak
Report dapat beroperasi semula tanpa
bimbang akan diganggu.
Tahun lalu, Malaysia menduduki
tempat ke-123 dengan skor 36.74
dalam indeks tersebut.
Untuk rekod, 10 negara teratas
dengan ranking terbaik bagi kebebasan
media ialah Norway, Finland, Denmark,
Sweden, Netherlands, Jamaica, Costa
Rica, Switzerland, New Zealand dan
Portugal.
Manakala, bagi 10 negara di
ranking terbawah pula ialah Korea
Utara, Turkmenistan, Eritrea, China,
Djibouti, Vietnam, Syria, Iran, Laos
dan Cuba.