lih angin menyokong Israel. Revolusi
Sudan saya sudah huraikan sebelum
ini [2]. Negara-negara yang sejak
sekian lama menjadi rakan Amerika
tidak dikacau.
Yaman dan Somalia
dipropagandakan bagi membuka
peluang penguasaan Barat terhadap
Tanduk Afrika. Mesir yang dimenangi
oleh Morsi dipropagandakan
sehingga Morsi digulingkan.
Orang muda yang gelojoh
(1) Permainan ini sedang
berjalan sejak kebelakangan ini,
khususnya pada akhir 2019. Antara
yang dapat kita lihat ialah orangorang
Hong Kong mula menghurung
bandar mereka sehingga diisytihar
darurat.
Dalam situasi Hong Kong, isu
ini menghangat pada April 2019, dan
pada akhir tahun tersebut baru dapat
dihidu permainan cyberwar yang
mencetuskan perhimpunan di bandar
itu.
(a) Ms Carla Stea, penganalisis
geopolitik di Global Research, juga
menyatakan penglibatan media
Amerika dan Eropah menyokong
ketidakstabilan Kerajaan di Hong
Kong.
(b) Penyelidik Kanan Xing
Guangcheng dari Akademi Sains
Sosial Cina berkata bahawa revolusi
warna yang pernah terjadi di negaranegara
Eropah Timur tiada yang
menampakkan sesuatu yang positif.
(c) Masing-masing merasakan
kewujudan Amerika dalam mencatur
huru-hara di Hong Kong. Seolaholah
mirip dengan Arab Spring 2011
dan revolusi di seluruh dunia yang
dikenali sebagai global protest.
(2) Di sini kita perlu memahami
bahawa rata-rata, global protest
yang terjadi seluruh dunia banyak
digerakkan oleh anak muda. Emosi
yang mudah dikontrol oleh media
sosial.
Apatah lagi anak muda lebih
terdedah dengan dunia media sosial.
Sering terpesona dengan postingposting
yang mencabar dan lasak.
Berani mempertikai apatah lagi bersuara.
Apabila disuruh share, terus share
tanpa usul periksa.
(3) Cuba lihat, sudah berapa banyak
‘challenge’ yang diperagakan di media
sosial. Cabaran-cabaran ini menarik
minat anak muda untuk menyahut
cabaran-cabaran bodoh.
Siapa di sebalik ‘Netizen’?
(1) Apa yang terjadi di peringkat
global hari ini kita patut sedar
bagaimana tentera-tentera siber ini
berperanan mencipta propaganda dan
isu. Antara yang boleh men‘swarm’kan
manusia melalui cetusan di page FB.
Page-page ini biasanya akan
menggunakan istilah-istilah yang
menarik minat, contohnya netizen.
Sesiapa sahaja yang merasa diri itu
netizen, akan tertarik untuk menjadi
alat sebaran page itu.
(2) Contoh yang wajar dikaji dan
waspada, masa ada orang tak puas
hati dengan PM kita dilantik, ‘netizen’
mentroll seorang perempuan berbaju
putih ‘siapa Muhyiddin, aku tak kenal
dia’. Lalu ramai yang tertarik dengan
page ini.
Apabila ramai yang like page
tersebut dengan tarikan istilah netizen,
ia akan membuka peluang kepada
‘orang di sebalik page itu’ untuk
menguasai minda peminat tegarnya.
(3) Apa yang dibimbangi ialah
kewujudan page-page ini bakal
menjadi suara yang mencorak minda
dan persepsi masyarakat khususnya di
Malaysia. Contohnya dalam memberi
respons.
Kalau dahulu, yang lantang
bersuara ialah orang parti Kerajaan
atau parti pembangkang. Hari ini yang
bersuara adalah orang-orang atas pagar.
Seolah-olah diheret sama ke dalam
kancah pertikaian yang semberono.
Cuba teliti
bagaimana
Arab Spring
2011 boleh
muncul. Ia
bermula
dengan
facebook.
Hancur
hampir
keseluruhan
negara
Arab.
Siapa yang
seronok?
Amerika.
Untuk
menguasai
negaranegara
Arab.
SASARAN EDISI 82 147