1st Edition 2020 | Page 141

DOKTORAN ULUNG dan sering mengunjungi masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Beliau juga mempunyai daya ingatan yang tinggi dan sangat pintar sehingga beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu nakliah ketika berusia 18 tahun. Akhir sekali, beliau juga merupakan seorang yang sangat berinovatif dengan melakukan banyak penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan. Sumbangan Ibnu Sina Dalam Pembangunan Modal Insan: Kitab Al-Siyasah Kitab al-Siyasah karya Ibnu Sina ini boleh dianggap sebagai antara karya terpencil beliau berbanding karya- karya agungnya yang lain. Para sejarawan dan pengkaji Ibnu Sina ramai tidak menyebut tentang karyanya ini. Ini termasuk Ibn Abi Usaibi`ah, Carra de Vaux dan Badawi1. Walau bagaimanapun karya ini dicatatkan oleh Haji Khalifah dalam Kashf alZunun dan telah diterbitkan oleh Louis Malouf pada tahun 1911 berdasarkan manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Leiden, Holland. Kitab ini memperihalkan tentang isu pengurusan manusia. Ia membincangkan kaedah pengurusan diri, pendapatan dan perbelanjaan bersama keluarga, anak-anak dan para pekerja di bawah jagaan. Perbincangan ini juga didahului oleh penjelasan penting tentang hakikat diri dan masyarakat manusia serta kesannya kepada perkembangan hidup manusia. Pembangunan modal insan menurut Ibnu Sina dalam Kitab al-Siyasah diambil dari perkataan ‘siyasah’ umumnya diterjemahkan sebagai politik. Perkataan ‘politik’ dalam Bahasa Melayu pula lebih menjuruskan kepada soal pemerintahan, sama ada merujuk kepada ‘ilmu pengetahuan berkaitan cara pemerintahan’ ataupun ‘tentang sesuatu yang berkaitan dengan pemerintahan sesuatu negara atau hubungannya dengan negara lain’. Ia juga dikaitkan dengan unsurunsur negatif seperti kelicikan dan tipu muslihat. Dari sini lahirnya ungkapan yang umumnya membawa kesan yang negatif . Perkataan dan maksud sebegini sememangnya berlainan daripada apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Sina dalam karyanya ini. Sebaliknya, perkataan ‘siyasah’ dalam konteks dan fahaman umum ahli falsafah Islam merujuk kepada maksud yang lebih umum, iaitu berkaitan dengan ‘usaha memperbaiki dan memperelokkan apa yang telah rosak’. Ia lebih sesuai disebut sebagai ‘tadbir’ dan ‘urus’ yang lebih membawa maksud kepada ‘membina’ dan ‘membangunkan’. Justeru, peradaban ini lebih sesuai dengan misi dan tanggungjawab manusia. Sumbangan Ibnu Sina Dalam Bidang Perubatan: Karya Al- Qanun Fit Tib Antara hasil sumbangan Ibnu Sina adalah penghasilan sebanyak 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku ini dihimpunkan di Domonican Institute For Orental Studies in Kaherah, Mesir. Bukubuku tersebut telah diterjemahkan dan dinamakan sebagai Mullafat Ibnu Sina iaitu karya-karya Ibnu Sina pada tahun 1950 masihi. Beliau sering menghasilkan karya dalam bidang perubatan seperti Al-Qanun Fit Tib iaitu peraturan perubatan yang terdiri daripada 14 jilid. Ia juga telah menjadi buku teks dan sumber rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi yang ternama di dunia seperti Frankfurt University Germany, Oxford University dan banyak lagi. Karya Al-Qanun Fit Tib telah dicetak semula sebanyak 16 kali. Al-Adwiyyat al-Qalbiyyah Al-Qanun Fit Tib SASARAN EDISI 82 141