1st Edition 2020 | Page 140

FOKUS TOKOH KED - Hajar Umira, Muhammad Harrith, Mulia Yasmina, Nadiah Syazwani, Nur Syuhada, Nurul Atika, Shahrul Eizlan Siapa sahaja tidak mengenali bapa kedoktoran ulung dunia ini. Sumbangan beliau dalam bidang kedoktoran dikagumi seluruh dunia. Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Al-Husain bin Abdullah bin Hassan bin Ali bin Sina, memperolehi gelaran Ibnu Sina di Timur dan lebih dikenali sebagai Avicenna di Barat. Beliau telah dilahirkan di Afsyanah, Bukhara, Turkistan pada tahun 370 Hijrah, bersamaan dengan tahun 980 Masihi. Beliau adalah seorang ilmuwan yang berasal dari etnik Tajik. Menurut sejarah, Ibnu Sina mula mendapat pendidikan awal di Bukhara, atau lebih dikenali sebagai Uzbekistan menerusi bidang bahasa dan sastera. Bukan itu sahaja, beliau juga mendalami pelbagai ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh dan perubatan. Namun begitu, walaupun Ibnu Sina mempelajari pelbagai ilmu, beliau lebih terkenal dengan kehebatan dalam bidang perubatan. Ilmuwan ulung ini telah menjadi seorang hafiz al-Quran seawal usia 10 tahun dan pada usia 14 tahun, ilmu beliau telah mengatasi guru beliau. Hal ini kerana, beliau sering mengikuti perbincangan berkaitan intelektual bersama bapa dan ulama-ulama lain sejak kecil lagi. Sejarah mengatakan bahawa, beliau telah menjadi terkenal setelah berjaya mengubati ramai orang, antaranya adalah penyakit misteri yang dihidapi oleh Raja Bukhara, Noor Ibn Mansoor. Kehebatan Ibnu Sina yang berjaya mengubati baginda di mana tiada seorang doktor yang mampu merawat penyakit misteri beliau telah menyebabkan Raja Bukhara ingin memberi ganjaran kekayaan kepada beliau. Ibnu Sina telah meminta akses untuk menggunakan Perpustakaan Besar Samanid. Permintaan beliau untuk menggunakan perpustakaan tersebut jelas menunjukkan rasa kecintaan beliau terhadap ilmu. SASARAN EDISI 82 140 Sejarah Hidup Ibnu Sina Antara jawatan yang pernah disandang oleh Ibnu Sina adalah beliau pernah bertugas di perpustakaan kerajaan Samaniah di Istana Nuh bin Nasar di Khurasan. Selain itu juga, beliau pernah bertugas sebagai tabib di Hamazan dan menjadi pakar perubatan di Wilayah Rai. Beliau juga dilantik sebagai perdana menteri oleh Syamsul Al-Daulah, Gabenor Hamazan dan merupakan penasihat agung iaitu menteri kepada Amir Ala’ Ad-Daulah di Asfahan. Ibnu Sina terkenal dengan sikap keperibadian yang luhur dan patut dicontohi oleh kita semua. Beliau mencintai ilmu sejak usia lima tahun dan mempelajari pelbagai ilmu seperti Al-Quran, tafsir dan sains. Di samping itu, beliau sangat tekun mempelajari sesuatu ilmu seperti contoh, beliau pernah membaca buku berkaitan meta fizik karangan Arihtothle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina sangat taat pada agama