1st Edition 2020 | Page 142

Karya itu juga telah diterjemahkan ke dalam bahasabahasa lain seperti Latin, Hebrew dan Bahasa Inggeris. Al Qanun juga telah memperkenalkan metod pemerhatian dan analisis yang banyak menyumbang dalam bidang perubatan dan mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menitikberatkan kepentingan pembersihan luka selepas pembedahan. Sumbangan Ibnu Sina Kepada Dunia Tidak terkira banyaknya sumbangan beliau terhadap bidang perubatan di dunia ini. Beliau banyak membuat penemuan pelbagai penyakit baru beserta puncanya seperti jangkitan virus seperti Tuberkulosis (tibi), penyakit berjangkit seperti rubella dan alahan, serta pengaruh kuman dalam penyakit. Melalui bidang farmasi pula, Ibnu Sina menghasilkan ubat bius serta preskripsi yang berkesan bagi mengawal penyakit kronik. Penghasilan ubat-ubatan ini menjadi sumbangan terbesar beliau secara berterusan yang banyak digunakan di pusat perubatan, hospital dan klinik sehingga ke hari ini. Selain itu, beliau mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan. Tidak kurang juga alat picagari yang dihasilkan oleh beliau dengan fungsi untuk menyukat kandungan cecair di dalamnya sangat meluas digunakan pada abad ini. Selain daripada dikenali sebagai Bapa Kedoktoran, Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli falsafah tersohor dunia. Terdapat banyak buku penulisan beliau yang membicarakan tentang falsafah seperti buku yang berjudul ‘Al-Najah’. Karya falsafah pertama beliau ialah ‘Al- Majmu’ yang ditulis semasa beliau berumur 21 tahun. Selepas itu, beliau telah melanjutkan penulisan beliau ke dalam 116 karya di dalam pelbagai jenis bidang termasuklah falsafah, mantik, matematik, astronomi, biologi, kimia, fizik dan juga sains politik. Karya-karya beliau yang sangat cemerlang ini telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir serta diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab oleh Liga Arab pada tahun 1950. Terjemahan tersebut dinamakan ‘Muallafat Ibnu Sina’. Sumbangan dan jasa Ibnu Sina di dalam dunia perubatan dan keilmuan sangat BAPA PERUBATAN ISLAM besar dan dihargai sehingga sebuah institusi pendidikan di Hungary telah dinamakan ‘Avicenna College’. Pencapaian dan Penemuan Ibnu Sina Cendekiawan Islam Yang Mengubah Dunia Perubatan Moden Ibnu Sina seorang tokoh islam yang berjaya dan seorang pakar yang juga dikenali sebagai bapa perubatan dunia telah mencapai pelbagai pencapaian dan penemuan dalam hidup beliau. Ibnu Sina adalah seorang yang sangat mahir dalam bidang sains dan kedoktoran. Beliau telah menemui atau mengesan pelbagai penyakit dan juga puncanya. Beliau telah membuat kajian tentang pengaruh kuman dalam penyakit. Beliau juga telah mengenal pasti jenis-jenis penyakit seperti penyakit kronik, virus dan sebagainya. Salah satu contoh adalah jangkitan virus seperti Tibi, penyakit seperti Rubella, alahan, cacar, penyakit jiwa dan sebagainya. Ibn Sina juga seorang yang mahir dalam bidang perubatan. Salah satu penemuan beliau dalam bidang farmasi ialah menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik dan ubat bius. Selain itu, beliau juga telah membangunkan teknologi perubatan pada masa itu dengan mencipta benang yang khusus untuk mejahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain lagi. Ibn Sina telah menghasilkan banyak karya dalam bidang perubatan. Buku Al-Qanun Fit Tib telah menjadi rujukkan pertama dipusat pengajian tinggi dibarat dan merupakan orang pertama memperkenalkan analisis dan metode pemerhatian dalam bidang perubatan. SASARAN EDISI 82 142