1st Edition 2020 | Page 103

SAINS DAN TEKNOLOGI PASARAN DIGITAL Lubuk emas peniaga di musim COVID-19 - Izzuddin Aznan Masalah ini telah menemui jalan penyelesaian dimana pasaran digital menawarkan platfom untuk para peniaga menjual barangan mereka. Platfom ini telah memberi ruang dan peluang untuk peniaga menjual barangan mereka di aplikasi atas talian. Pengguna kebanyakannya sudah tahu akan penggunaan cara ini dan ia tidak menjadi masalah kepada mereka. Wabak virus COVID-19 yang melanda hampir seluruh dunia telah mengakibatkan banyak negara terpaksa menghentikan seketika banyak sektor seperti sektor ekonomi. Termasuk Malaysia, hampir keseluruhan sektor di Malaysia terpaksa dihentikan seketika untuk mengelakkan daripada wabak ini terus tersebar dan meragut lebih banyak nyawa. Ini adalah disebabkan Malaysia terpaksa mengambil langkah berjagajaga dalam membendung wabak ini dari terus merebak. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasa pada 18 Mac 2020 dimana semua rakyat Malaysia dikuarantinkan di rumah masing- masing dan beberapa peraturan telah diberikan untuk mereka yang ingin keluar daripada rumah. Hasil daripada PKP ini, banyak kedai terpaksa ditutup dan aktiviti harian tidak dapat dijalankan seperti biasa. Restoran, Pasar raya dan tempat- tempat yang dikhuatiri ramai pengunjung diarahkan tutup sehingga keadaan sudah beransur pulih. Para peniaga terutamanya menghadapi masalah kerugian kerana tidak dibenarkan berniaga di premis mereka. Mereka adalah salah satu golongan yang terkesan hasil daripada SASARAN EDISI 82 103