1st Edition 2020 | Page 102

sumbangan beliau dalam bidang pembedahan serta alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing telah membantu cendekiawan yang sebelumnya untuk memperluas bidang sains perubatan. Sehingga ke hari ini, beberapa hasil kajian Al-Zahrawi masih lagi digunakan dalam dunia perubatan. Salah satu buku beliau yang masih dijadikan sebagai rujukan pelajar perubatan ialah al-Tasrif iaitu Kitab al-Tasrif Liman Ajiza an altalif. Memuatkan 30 jilid tentang ilmu sains perubatan, kitab ini merangkumi ilmu-ilmu sains perubatan seperti sains perubatan ortopedik (penyakit yang menjejaskan sistem otot rangka), farmakologi (ubat), nutrisi, oftalmologi (penyakit berkaitan mata), sains pergigian dan berbidanan. Penulisan Al-Zahrawi ini merupakan maklumat yang dikumpul oleh beliau melalui pengalaman beliau selama hampir 50 tahun menjadi pakar perubatan. Kehebatan kitab ini terbukti apabila ianya diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing seperti Latin, Hebrew, Inggeris dan Perancis Gus de Ghaulias (1300-1368M), pakar bedah terkenal di Perancis telah menjadikan hasil penulisan Al-Zahrawi sebagai bahan rujukan dan tambahan dalam buku bedah penulisannya selama 5 abad di Universiti Salerno di Itali dan beberapa universiti lain di negara Eropah. Al-Zahrawi berjaya menghuraikan beberapa penemuan sains perubatan beliau dalam Kitab al-Tasrif. Antara penemuan dalam bukunya itu adalah tentang kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) dan juga ahli perubatan pertama yang menerangkan sifat keturunan penyakit hemofilia. Beliau juga menghuraikan cara untuk mengikat pembuluh darah hampir 600 tahun sebelum Ambroise Pare ( pakar bedah Perancis pada Zaman Pertengahan). Dalam buku penulisannya itu, Al- Zahrawi juga menerangkan pendekatan perubatan yang terbaik yang boleh dilakukan pada zaman itu. Beliau memberi penerangan secara terperinci tentang cara rawatan, penyimpanan ubat dan persediaan dalam memberi ubat kepada pesakit. Ilmu sains perubatan ini sangat luas. Walaupun berbeza agama dan pendapat, ilmuwan Islam dan ilmuwan dari negara Barat berjaya mengenepikan masalah tersebut dan bersama-sama mengembangkan ilmu sains perubatan. Kajian dan penemuan para cendekiawan Islam tidak diperendahkan malah dijadikan sebagai bahan rujukan oleh para pakar sains perubatan dari seluruh dunia. Mereka faham bahawa setiap ahli saintis dan pakar perubatan beri sumbangan dalam dunia perubatan. SASARAN EDISI 82 102