bidang perubatan dari negeri
China.
Ibnu Sina merupakan antara
ilmuwan sains perubatan yang berjaya
mengubah dan memberi sumbangan
yang sangat besar dalam
bidang ini. Antara sumbangan
Ibnu Sina dalam perubatan
yang mengubah dunia sains
adalah ciptaan ubat bius,
ciptaan benang khusus untuk
menjahit luka pembedahan,
ciptaan picagari dan alatan
pembedahan yang lain.
Beliau juga berjaya menemui
penyakit-penyakit baharu,
punca dan kaedah rawatan
yang bukan sahaja berjaya
mengembangkan ilmu sains
perubatan malah penemuan
ini berjaya menaikkan nama
beliau sebagai pakar sains
terkemuka dunia.
AL-RAZI
Selain daripada Ibnu
Sina, sumbangan Al-Razi
dalam dunia sains perubatan
juga memberi impak yang
besar dalam membantu untuk
mengembangkan ilmu dunia
perubatan. Dikenali sebagai
Rhazes di dunia barat, atau
nama sebenar beliau Abu
Bakar Muhammad bin Zakaria
Al-Razi, beliau merupakan
seorang cendekiawan Islam
yang menyumbang kepada
perkembangan bidang
perubatan, kimia dan falsafah
sehingga digelar sebagai
Gallienus Arab.
Dilahirkan di Rayy, Iran
pada tahun 856 AD (251 Hijrah), Al-
Razi pakar dalam perubatan Yunani.
Beliau mula mendalami ilmu sains
perubatan ini dengan ahli perubatan
terkenal, Ali ibn Sahl selepas lawatan
pertama beliau ke Baghdad.
Al-Razi merupakan seorang pakar
perubatan yang sangat berwibawa
dan mempunyai banyak pengalaman
dalam bidang perubatan kerana
beliau telah menghasilkan 224 buah
buku dimana 140 daripadanya adalah
penulisan tentang ilmu sains perubatan.
Lebih mengagumkan lagi apabila 10
daripada buku-buku tersebut telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
Ini menunjukkan bahawa kajian dan
pengalaman Al-Razi diterima dan
dijadikan contoh dalam dunia besar
bidang perubatan.
Buku penulisan Al-Razi yang
terbesar seberat 10 kilogram adalah
kitab Al-Hawi fi al-tibb
mengandungi 9 jilid telah
menjadi bahan rujukan fakulti
perubatan di Paris, Perancis
pada tahun 1395M. Al-Razi
menghuraikan pendapatpendapat
pakar perubatan
tentang cara rawatan dan
penyakit serta menambah
beberapa maklumat daripada
pengamalan beliau sendiri
Antara penemuan hebat
Al-Razi dalam dunia sains
perubatan ialah pembekaman
bagi kes-kes kehilangan
kegunaan deria yang
disebabkan salur darah dalam
otak pecah, penggunaan air
sejuk bagi mengebahkan demam
dan panas badan yang terlalu tinggi,
penggunaan alkohol sebagai anti-septik
dan penemuan ethanol serta
penggunaannya dalam dunia
sains perubatan.
AL ZAHRAWI
Walaupun namanya
tidak begitu dikenali oleh
masyarakat biasa yang tiada
pengetahuan tentang ilmu
sains perubatan seperti Ibnu
Sina atau Avicenna, digelar
sebagai Bapa Bedah Moden,
Al-Zahrawi atau nama
sebenar sebenar Abu Qasim
Khalaf ibn al-Abbas al-
Zahrawi merupakan seorang
pakar bedah terulung di
Zaman Pertengahan (zaman kedua
dalam pembahagian tradisional sejarah
Eropah kepada tiga zaman : Tamadun
Klasik, Zamadan Pertengahan, dan
Zaman Moden).
SASARAN EDISI 82 101