1st Edition 2020 | Page 100

SAINS DAN TEKNOLOGI - Izzah Hazirah Hamsidin Jika ingin disenaraikan satu persatu nama mereka, terlalu ramai cendekiawan Islam yang memberi sumbangan dalam memperluaskan ilmu sains dan teknologi. Salah satu bidang ilmuwan yang memberi paling banyak kebaikan kepada umat manusia adalah bidang sains perubatan. Tidak dinafikan bahawa cendekiawan Islam dan cendekiawan barat bersamasama mencari ilmu dalam memperluaskan bidang sains perubatan. Namun begitu, terdapat beberapa cendekiawan Islam yang memberi sumbangan besar dalam dunia sains perubatan seperti Ibnu Sina, Al-Razi dan Al- Zahrawi. IBNU SINA Ibnu Sina atau nama sebenar Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Hasan Ibn Ali Ibn Sina, merupakan pakar sains terkemuka dunia. Dikenali sebagai Avicenna didunia barat, Ibnu Sina merupakan ahli saintis berbakat dimana ilmu pengetahuannya tidak hanya terbatas dan tertumpu dalam bidang perubatan sahaja. Malah, Ibnu Sina juga menguasai pelbagai ilmu seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Dilahirkan tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 masihi, sejak kecil lagi, Ibnu Sina dikatakan mempunyai minda yang cerdas dan mempunyai kemampuan untuk menghafal sesuatu perkara dengan baik. Beliau berjaya menjadi Hafiz Al-Quran ketika beliau berumur 10 tahun. Cendekiawan cerdik pandai ini mula dikenali kehebatannya dalam dunia sains perubatan apabila beliau berjaya mengubati seorang putera yang gagal diubati oleh beberapa pakar perubatan yang lain iaitu Putera Nub Ibn Nas al-Samani. Kehebatan Ibnu Sina tidak hanya tersebar di negara Islam malah di negara Barat. Avicenna merupakan salah satu ilmuwan Islam yang diakui kehebatannya dalam dunia perubatan oleh ahli saintis negara Barat. Salah sebuah buku yang ditulis beliau, Al Qanun fi al-Tibb (Kanun Perubatan) merupakan bahan rujukan pelajar bidang perubatan di Eropah dan empayar Islam sehingga abad ke-19. Ibnu Sina merakamkan segala pengalaman belia dalam merawat dan mengkaji ubatubatan dan penyakit dalam kitab tulisan beliau ini. Beliau juga tidak hanya menumpukan kajian beliau dalam satu-satu negara sahaja. Dalam kitab ini, Ibnu Sina juga menjelaskan tentang perubatan Islam pada Zaman Pertengahan, penulisan tentang Ayurveda (perubatan tradisional India), Aelius Galenus atau Claudius Galenus (pakar perubatan dari tamadun Rom kuno), dan perubatan Parsi kuno serta SASARAN EDISI 82 100