pelaksanaan PKP ini. Sehubungan
dengan itu, mereka harus mencari
alternatif lain untuk meneruskan
perniagaan mereka supaya tidak
menghadapi kerugian yang besar di
masa akan datang.
Namun begitu, masalah ini telah
menemui jalan penyelesaian dimana
pasaran digital menawarkan platfom
untuk para peniaga menjual barangan
mereka. Platform ini telah memberi
ruang dan peluang untuk peniaga
menjual barangan mereka di aplikasi
atas talian. Pengguna kebanyakannya
sudah tahu akan penggunaan cara ini
dan ia tidak menjadi masalah kepada
mereka.
PKP ini telah mengubah
cara pembelian pengguna.
Jika dulu, pengguna akan
ke pasar raya untuk
mendapatkan bahan
keperluan dapur.
Sekarang, mereka
membeli barang
keperluan melalui
internet. Jika dulu,
pengguna akan ke restoran
untuk membeli makanan
dan minuman. Sekarang,
mereka menggunakan
aplikasi atas talian untuk
membeli makanan.
Membeli belah di atas talian
ini telah lama digunakan dan ramai
pengguna telah banyak menggunakan
kaedah ini. Golongan muda dikatakan
menjadi golongan yang tidak janggal
menggunakan kaedah ini kerana
mereka sering dikaitkan sebagai “celik
IT”. Jadi, tiada masalah untuk mereka
meneruskan kaedah ini.
Yang menjadi fokus utama ialah
golongan ibu bapa dan orang tua. Ia
menjadi masalah kerana tidak semua
daripada mereka tahu menggunakan
kaedah ini. Ia akan menjadi janggal
pada peringkat awal tetapi ia tidak
mustahil untuk dipelajari. Apa yang
mereka perlu hanyalah sambungan
Internet, telefon pintar dan juga
perbankan atas talian.
Banyak aplikasi telah dicipta
untuk membantu peniaga menjadikan
ia sebagai platform perniagaan.
Aplikasi seperti Shopee, Lazada dan
Alibaba telah banyak membantu
peniaga menjual barangan seperti
pakaian, gajet dan barang sukan.
Untuk perkhidmatan makanan dan
minuman pula, Foodpanda dan Grab
menawarkan perkhidmatan yang sama
serta penghantaran terus ke pintu
rumah. Pengguna hanya perlu pilih apa
yang mereka mahukan dan membuat
bayaran.
Namun begitu, pasaran digital
ini juga memberi
impak negatif kepada pengguna.
Pembelian secara atas talian ini boleh
mendorong kepada pembaziran.
Pengguna hanya perlu pilih apa yang
mereka mahukan. Membeli barang
yang pengguna tidak perlukan boleh
menjadi satu tabiat buruk disebabkan
pembelian atas talian. Jadi, pengguna
seharusnya bijak dalam melakukan
pembelian.
Penipuan juga sering terjadi pada
kaedah ini. Ini adalah kerana tiada
perjumpaan secara terus oleh
pelanggan dan peniaga. Jadi, peniaga
yang tidak bertanggungjawab lebih
mudah untuk menipu pembeli dengan
tidak melakukan pos barang setelah
pembayaran dilakukan. Pengguna
seharusnya siasat dahulu adakah
peniaga ini boleh dipercayai.
Pasaran digital ini boleh dikatakan
sebagai lubuk emas kepada peniaga
di musim COVID-19 ini. Mereka
perlu mengambil peluang ini untuk
menaikkan lagi untung perniagaan
mereka. Jadi, tidak semua peniaga
akan merasakan kerugian yang besar
pada PKP ini. Pasaran digital ini akan
menjadi sumber pendapatan mereka
dan menjadi norma baru bagi mereka
sehingga keadaan pulih seperti biasa.
Jika peniaga bijak dalam
menguruskan perniagaan mereka,
pasaran digital ini juga boleh
menjadi perkara yang normal
untuk masa yang akan datang.
Berkemungkinan besar,
tiada lagi perkhidamatan
yang menggunakan kedai.
Hanya perlu klik di
hujung jari pengguna
untuk mendapatkan
perkhidmatan dan
barangan yang diperlukan.
Perkara ini akan
menjadi relevan di masa
hadapan kerana ia lebih
sesuai dengan peredaran
masa dan kemajuan ekonomi
di masa hadapan. Perkhidmatan
ini memudahkan pengguna,
menjimatkan masa dan juga tidak
memerlukan tenaga kerja yang banyak.
Namun begitu, dalam setiap
perkara ada baik dan buruknya. Jika
pengguna gagal mengawal nafsu
membeli mereka, pembaziran akan
berlaku. Pasaran digital yang tidak
memerlukan tenaga kerja yang banyak
juga akan mengurangkan lagi peluang
pekerjaan. Jadi, berkemungkinan besar
kadar pengangguran akan meningkat.
Jadi, banyak pihak memainkan
peranan yang penting dalam memajukan
ekonomi negara dan memenuhi
kehendak pengguna. Jadinya, semua
pihak bertanggungjawab dalam
meningkatkan ekonomi negara yang
sedang dilanda pandemik. Pengguna
perlu bijak dalam berbelanja dan
peniaga perlu jujur dan tidak mengambil
peluang untuk menipu pengguna demi
keuntungan sendiri.
SASARAN EDISI 82 104