UNITPENGURUSANKUALITI | UNITPENGURUSANASET & STOR
Edisi JULAI - DISEMBER 2013
AUDIT
DALAMAN
KE ATAS
PELAKSANAAN
SISTEM
PENGURUSAN
KUALITI
MS ISO 9001:2008
Memastikan
Sistem Pengurusan
Kualiti Yang Lebih
Sistematik
Oleh: Nur Elyani binti Mohammad
Seperti yang telah dilaksanakan pada tahuntahun yang lepas, pasukan audit dalaman
Kolej Komuniti Arau telah menjalankan audit
dalaman ke atas semua proses yang terlibat
dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO
9001:2008 Kolej Komuniti Arau. Pasukan audit
dalaman yang diketuai oleh Ketua Juruaudit
Dalaman iaitu Cik Hasniza binti Abd Wahab
telah menjalankan proses audit bermula pada
12 hingga 15 November 2013.
Objektif pengauditan adalah bagi memastikan
semua aktiviti Pemberian Latihan Teknikal dan
Vokasional (PLTV) dilaksanakan seperti yang
telah dirancang, menilai keberkesanannya dan
memberi peluang kepada tindakan pembetulan,
pencegahan dan penambahbaikan secara
sistematik dan berterusan.
Skop pengauditan dibuat ke atas semua
dokumen kualiti iaitu Manual Kualiti, KKA-PKPLTV, KKA-PK-PS dan KKA-PK-PW. Proses
pengauditan merujuk kepada dokumen terkini
sehingga tarikh pengauditan dijalankan.
Hasil daripada pelaksanaan audit dalaman
ini, sebanyak tiga ketakakuran dan dua
peluang penambahbaikan telah ditemui.
Walaubagaimanapun proses pengauditan
dapat dijalankan dengan lancar kerana
komitmen
sepenuhnya
daripada
pihak
pengurusan Kolej Komuniti Arau dan pihak
auditee yang terlibat.
BENGKEL PENYEDIAAN FAIL BMB,
SEMAKAN ASET DAN STOR 2013
Rekod Aset Kolej Komuniti Arau Dikemaskini
Oleh: Nur Asma binti Darus
Bagi persediaan menghadapi pemeriksaan
aset dan verifikasi stor bagi tahun 2013,
Unit Pengurusan Aset dan Stor Kerajaan
KKA mengambil langkah proaktif dengan
melaksanakan satu bengkel khusus untuk
memastikan
semua
perkara
berkaitan
dengan pemeriksaan aset dan stor lengkap
dan bersedia untuk disemak. Bengkel ini
dilaksanakan pada 19 November 2013 dan
dihadiri oleh semua kakitangan.
Objektif utama bengkel ini adalah memastikan
semua dokumen aset terutamanya fail
BMB disediakan mengikut format yang
telah ditetapkan. Selain itu, juga turut diberi
penekanan adalah dokumen berkaitan dengan
stor agar laporan pemverifikasian iaitu KEW.
Ps-14 dan KEW.Ps-15 berada pada tahap yang
baik. Bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan
sokongan kakitangan dan pihak pengurusan
KKA.
41