Warta KKAP Julai 2013 Jul. 2013 | Page 40

UNIT PSIKOLOGI & KERJAYA KURSUS CERAMAH PEMERKASAAN KEROHANIAN PENSYARAH DAN STAF KOLEJ KOMUNITI ARAU Penerapan Nilai Insaniah Yang Tinggi Dalam Jiwa Pelajar Pekerja Hebat Organisasi Cemerlang Kursus Pemerkasaan Pensyarah dan Staf Kolej Komuniti Arau telah diadakan pada 24 dan 25 Oktober 2013 bertempat di Dewan Afifi, Kolej Komuniti Arau. Kursus ini melibatkan seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan staf. Manakala organisasi yang turut sama menjayakan kursus ini adalah Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Tuanku Fauziah, dan Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Kedah. Kursus Pemerkasaan Pensyarah dan Staf merupakan kursus yang berbentuk upskilling dan reskilling, pendidikan kesedaran, dan pendedahan berkenaan dengan Psikologi Pendidikan: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku dan Psikologi Bilazim di kalangan remaja. Kursus sebegini amat diperlukan untuk membangun dan memperkasakan pensyarah dalam menghadapi pelajar kolej komuniti yang mempunyai pelbagai tingkah laku, pemikiran dan personaliti yang unik. Di samping itu, pensyarah merupakan salah satu pemangkin dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik mahupun sahsiah. Secara keseluruhannya, Kursus Pemerkasaan Pensyarah dan Staf Kolej Komuniti Arau dapat memberi manfaat kepada pensyarah yang terlibat khususnya dan institusi umumnya. Kursus ini juga diharapkan turut membantu individu meningkatkan kualiti diri ke arah yang lebih sempurna. TAKLIMAT UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA Maklumat dan Informasi Unit Psikologi Taklimat Unit Psikologi dan Kerjaya (UPsK) diadakan pada 25 Jun 2013 dalam Minggu Suaikenal Pelajar Baharu Sesi Julai 2013 bertempat di Dewan SK Tambun Tulang. Taklimat UPsK ini telah melibatkan seramai 200 orang pelajar baharu. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada pelajar dan pensyarah berkenaan dengan perkhidmatanperkhidmatan yang disediakan oleh UPsK. Antaranya ialah perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok, bimbingan dan pentadbiran inventori psikologi. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Raja Rabiaatum Adawiah binti Raja Mamat selaku Pegawai Psikologi Kolej Komuniti Arau. Secara keseluruhannya, taklimat berjalan dengan lancar. Program ini telah mencapai objektif pelaksanaan dengan adanya tumpuan dan kerjasama daripada pelajar-pelajar serta pensyarah yang terlibat. 40 CERAMAH KESELAMATAN BANGUNAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN Oleh: Raja Rabiaatum Adawiah binti Raja Mamat Keselamatan Bersama Ceramah Kerohanian diadakan pada 26 Jun 2013 dalam Minggu Suaikenal Pelajar Baharu Sesi Julai 2013 bertempat di Dewan SK Tambun Tulang dan melibatkan seramai 200 orang pelajar baharu. Ceramah pada 28 Julai 2013 ini disampaikan oleh Pegawai Unit Pencegah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis. Skop ceramah yang disampaikan adalah meliputi aspekaspek seperti cara-cara asas pencegahan kebakaran berpunca daripada api dan arus elektrik serta menyelamatkan diri daripada bangunan apabila berlaku kebakaran (tindakan pelajar apabila mendengar siren kecemasan, persediaan untuk ‘fire drill’). Skop ceramah juga adalah untuk mengenalpasti kaedah menyelamatkan diri daripada bangunan apabila berlaku malapetaka seperti banjir dan gempa bumi, tindakan asas yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan, kecederaan dan kematian dan perkara-perkara lain yang penting berkaitan dengan aspek keselamatan dan nyawa. Ceramah ini merupakan hasil kerjasama pihak kolej dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis. Objektif ceramah ini diadakan adalah sebagai langkah pencegahan kemungkaran di samping dapat memupuk akhlak terpuji di kalangan pelajar Kolej Komuniti. Secara keseluruhannya, ceramah berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektif pelaksanaan dengan adanya kerjasama daripada pelajar-pelajar dan pensyarah yang terlibat serta kerjasama daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis. CERAMAH PENCEGAHAN DADAH Jauhi Dadah! Dadah Musuh Negara Ceramah Pencegahan Dadah diadakan pada Minggu Suaikenal Pelajar Baharu Sesi Julai 2013 pada 27 Jun 2013 bertempat di Dewan SK Tambun Tulang dan melibatkan seramai 200 orang pelajar baharu. Ceramah ini merupakan hasil kerjasama pihak kolej dengan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis. Objektif ceramah ini diadakan adalah sebagai langkah pencegahan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar Kolej Komuniti, di samping dapat memberi maklumat dan bimbingan kepada pelajar berkenaan dengan bahaya dadah. UJIAN PENGESANAN URIN DADAH BERSAMA AADK PERLIS Belia Benci Membanteras Komuniti Arau Dadah… Bersama Dadah di Kolej Ujian Pengesanan Urin Dadah bersama AADK Perlis diadakan pada Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi Julai 2013. Ujian pengesanan urin ini melibatkan seramai 80 orang pelajar di mana sampel pelajar dipilih secara rawak. Objektif Ujian Pengesanan Urin Dadah diadakan adalah untuk mengenal pasti jika ada penularan dan penyalahgunaan dadah di kalangan staf dan pelajar Kolej Komuniti. Diri Tanggungjawab