UNIT HAL EHWAL PELAJAR
KEJAYAAN
PASUKAN BOLA
SEPAK LIGA IPT
KOLEJ KOMUNITI
PERLIS 2013
Kolej Komuniti
Arau Hebat di
Gelanggang
Oleh: Wan Muhamad Fitri bin Wan Zahari
Kolej Komuniti Perlis sekali lagi telah menyertai
Liga Bola Sepak IPT, Piala Menteri Pengajian
Tinggi bagi tahun 2013 bagi musim ketiga.
Program seumpama ini merupakan wadah
bagi para pelajar Kolej Komuniti Arau bagi
menunjukkan bakat serta kebolehan mereka
dalam sukan bola sepak. Kejohanan ini
berlangsung pada 7 hingga 11 Mei 2013
di Universiti Teknologi MARA, Merbok,
Kedah. Pasukan Kolej Komuniti Perlis telah
memulakan sesi pemilihan pemain serta latihan
pusat bermula pada 1 Januari 2013. Sepanjang
tempoh
sehingga
kejohanan
bermula,
beberapa siri perlawanan persahabatan telah
diatur bagi mempersiapkan skuad pada edisi
kali ini. Dengan persiapan yang rapi dan
teratur, pasukan Kolej Komuniti Perlis telah
berjaya menjadi Juara Zon Kelayakan Wilayah
Utara bagi kali kedua berturut-turut dan layak
bertanding pada Pusingan Akhir Zon Kelayakan
yang diadakan pada 3 hingga 5 Julai 2013 di
Universiti Kebangsaan Malaysia.
38
Kejayaan pasukan Kolej Komuniti Perlis pada
musim 2012 ternyata menggerunkan banyak
pasukan lain seperti yang dilaporkan oleh
akhbar Harian Metro bertarikh 27 Jun 2013,
UiTM Melaka menganggap Kolej Komuniti
Perlis sebagai halangan kepada mereka.
Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi
pasukan Kolej Komuniti Perlis apabila hanya
layak sehingga ke pusingan separuh akhir
apabila tewas melalui penentuan sepakan
penalti kepada Politeknik Perak. Sungguhpun
begitu, pencapaian layak ke peringkat separuh
akhir ini memperbaiki pencapaian tahun lepas
yang hanya layak ke peringkat suku akhir.
Sungguhpun nasib tidak menyebelahi untuk
layak ke Divisyen-3, kejayaan pasukan telah
membuka mata banyak pihak sehinggakan
14 orang pemain telah dipilih mewakili negeri
Perlis bagi Kejohanan Piala Belia Kebangsaan
2013 yang berlangsung di Akademi Bola Sepak
Kebangsaan, Gambang, Pahang.
Selain itu, hampir kesemua pemain pasukan
ini terpilih pula mewakili negeri Perlis bagi
pasukan
Piala Presiden serta SUKMA
Perlis 2014. Ini membuktikan bahawa para
pemain yang digilap oleh Ketua Jurulatih
Kolej Komuniti Perlis yang juga merupakan
lagenda bola sepak kebangsaan, Yusri Che
Lah serta barisan jurulatih yang lain mampu
untuk maju lebih jauh dalam sukan bola
sepak sebagai pemain profesional. Apa yang
penting adalah keikhlasan dari setiap individu
dalam menjalankan tugas masing-masing.
Diharapkan dengan penglibatan dan sokongan
semua pihak akan dapat memastikan Kolej
Komuniti Perlis akan terus berjaya dalam sukan
ini.
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA BOLA SEPAK IPT ZON KELAYAKAN WILAYAH UTARA 2013
TARIKH
PERLAWANAN
KEPUTUSAN
7 Mei 2013
KKPS vs UUM
5-0
8 Mei 2013
KKPS vs POLITEKNIK KEDAH
5-1
9 Mei 2013
KKPS vs UTP
4-0
10 Mei 2013
KKPS vs KUIN
6-0
11 Mei 2013
KKPS vs UUM
0-0 (penalti 4-3)
Peringkat Kumpulan
Separuh Akhir
Akhir
TARIKH
PERLAWANAN
3 Julai 2013
KKPS vs KK TERENGGANU
4 Julai 2013
KKPS vs POLITEKNIK PERAK
Suku Akhir
Separuh Akhir
KEPUTUSAN
3-0
0-0 (penalti 4-5)