Warta KKAP Julai 2013 Jul. 2013 | Page 25

Edisi JULAI - DISEMBER 2013 PROGRAM USAHAWAN PERINTIS BERSAMA KOMUNITI KKAP JOHAN Pertandingan Catur Bistari Oleh: Ku Mahadi bin Ku Mahadzir Pada 29 hingga 30 November 2013, Program Usahawan Perintis Bersama Komuniti telah diadakan Pusat Rekreasi Ulu Legong Air Panas, Baling Kedah. Program yang diadakan bertujuan menarik minat usahawan setempat ini turut juga memfokuskan kepada pelajar bagi melahirkan usahawan muda. Sebanyak 15 Kolej Komuniti mengambil bahagian dalam Cabaran Perniagaan melalui jualan dalam slot Usahawan Kreatif. Tapak dan khemah disediakan kepada pelajar untuk jualan bertujuan untuk memfokuskan pelajar supaya mempraktikkan ilmu jualan kepada pengunjung bagi memberi impak positif kepada diri pelajar sendiri dan masyarakat setempat mendalami keusahawanan. Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut ialah Pertandingan Catur Bistari, Seminar dan Perkongsian Pengalaman Usahawan, Ceramah Agama serta Kursus Pendek. Pihak Kolej Komuniti Arau amat berbangga apabila pelajar kolej telah menjadi johan dalam Pertandingan Catur Bistari. Pelajar tersebut adalah daripada Lukisan Senibina 2 iaitu Zul Aiman bin Mazuki dan Kamarul Azman bin Nor Bidin. Dengan kemenangan ini diharapkan ia dapat menaikkkan lagi semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. PERTANDINGAN CABARAN INOVASI KEUSAHAWANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Program selama dua hari ini mensasarkan golongan pelajar dan masyarakat setempat serta turut disertai agensi-agensi luar antaranya Jabatan Kesihatan, RELA, Jabatan Pertanian dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Slot Seminar dan Perkongsian Pengalaman mensasarkan masyarakat setempat dan bermanfaat dalam memberi maklumatmaklumat penting berkenaan urusan kewangan, urusan pinjaman untuk memulakan bisnes dan agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan. Secara keseluruhannya, Program Usahawan Perintis Bersama Komuniti Anjuran PUSKOM Wilayah Utara berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada pengunjung yang hadir ke program tersebut. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan lagi kerana dapat meningkatkan tahap keyakinan diri terhadap keusahawanan dan semoga pelajar dan masyarakat mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan. Terpilih ke Separuh Akhir Oleh: Mawar Qadijah binti Ishak Pelajar usahawan bimbingan Kolej Komuniti Arau telah terpilih ke peringkat separuh akhir mewakili kolej ke pertandingan Cabaran Inovasi Keusahawanan untuk merebut Piala Menteri Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini menyaksikan pertandingan sengit usahawan bimbingan Kolej Komuniti yang terpilih dari seluruh Malaysia dan pelajar dari universiti tempatan. Usahawan yang terpilih ke peringkat ini telah melalui proses saringan bagi Rancangan Perniagaan yang dipertandingkan. Usahawan kolej diwakili oleh Syadalida Enterprise dengan mempertaruhkan mi sanggul yang diinovasikan dengan isi ayam dengan jenama Ratu Mee Sanggul di bawah syarikat keluaran mereka. Mereka yang terlibat adalah Marlida Mohmad Ani, Nurul Shuhada Fauze dan Nurain Azmi. Pertandingan ini telah memberi satu persepsi dunia baru kepada usahawan dengan pelbagai inovasi keusahawanan yang dipertandingkan dan menuntut komitmen peserta dengan mengajar mereka sikap cekal, tabah dan usaha yang berterusan untuk mencapai kejayaan. 25