PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN
CABARAN
KEUSAHAWANAN
KOLEJ KOMUNITI 2013
Oleh: Ainun Rafieza binti Ahmad Tajuddin
24
Cabaran Keusahawanan Kolej Komuniti (CCeC)
2013 yang diadakan di MITC, Melaka pada 21
hingga 23 November 2013 adalah anjuran Pusat
Keusahawanan Kolej Komuniti (PUSKOM)
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan berjaya
mengumpulkan semua Kolej Komuniti di
seluruh Malaysia. Kolej Komuniti Arau tidak
ketinggalan turut serta dalam pertandingan
ini. Tahun 2013 telah menyaksikan PUSKOM
mengetengahkan produk makanan iaitu
Sizzling Mee yang formulasinya dihasilkan
sendiri oleh pensyarah dari Unit Pemprosesan
dan Kawalan Mutu Makanan. Pengunjung
boleh menikmati sizzling mee ini di gerai jualan
pelajar atau membawa pulang mi sanggul
kering dan pes sizzling. Produk makanan
berasaskan masyarakat Cina ini ternyata telah
menarik ramai pengunjung dan gerai jualan
Sizzling Mee begitu diminati dengan menerima
kunjungan pengunjung yang sentiasa ramai.
Pertandingan ini disertai oleh Yummies Rich
Enterprise yang terdiri daripada lima orang
pelajar iaitu Nurain Azmi, Nurul Azni Razali,
Nor Azura Mangsor dan Khoirunnisak Azmi.
Peserta yang menyertai pertandingan ini akan
melalui beberapa proses penghakiman iaitu
Anugerah Khas Juri Milik KKAP
Pembentangan Pelan Perniagaan, Business
Pitching dan Gerai Jualan.
Pertaruhan usahawan kolej ini telah berjaya
menarik perhatian juri. Kategori Anugerah Khas
Juri bagi Kategori Produk Makanan berjaya
diraih oleh Yummies Rich Enterprise. Kategori
ini diberikan kepada usahawan produk yang
menghasilkan produk yang mempunyai potensi
untuk dipasarkan.
Semoga pertandingan
ini akan akan terus menjadi medan untuk
melahirkan lebih ramai usahawan dalam
kalangan pelajar Kolej Komuniti.