Warta KKAP Julai 2013 Jul. 2013 | Page 12

JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN | UNITTEKNOLOGIELEKTRIK LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK PE5 KE EE-TECH SYSTEMS SDN BHD Membuka Minda Pelajar: Ilmu Dicari Pengalaman Ditimba Oleh: Lukman Hakimi bin Ab Wahab & Ku Mahadi bin Ku Mahadzir Pada 23 Oktober 2013, seramai 24 orang pelajar SMK PE5 (Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri) telah mengadakan lawatan ke EE-TECH System Sdn Bhd di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Lawatan ini diiringi oleh tiga orang pensyarah PE5 iaitu En Ku Mahadi bin Ku Mahadzir, En Lukman Hakimi bin Ab Wahab dan En Muhammad Khairi bin Bahrul Ulum. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan pemasangan dan pengujian papan suis utama voltan rendah di samping mendedahkan mereka dengan peraturan dan amalan kerja selamat apabila mengendalikan pemasangan papan suis utama voltan rendah. 12 Pegawai Sumber Manusia EE-TECH System Sdn Bhd telah memberi penerangan ringkas mengenai syarikat serta projek-projek pemasangan papan suis utama yang sedang dijalankan. Selepas sesi taklimat selesai, para pelajar dan pensyarah dibawa melawat kilang pemasangan yang berada di belakang bangunan pentadbiran. Di sini pelajar dapat melihat dengan lebih jelas dari jarak dekat bagaimana pemasangan dan pengujian papan suis utama dilakukan selain apa yang telah diperoleh dari proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Banyak maklumat dan pengalaman telah dikongsi oleh pihak syarikat di mana semua perkongsian tersebut adalah amat berguna. Melalui lawatan ini diharapkan pelajar dapat meningkatkan pemahaman mengenai kaedah pembuatan, pemasangan dan cara-cara pengujian mengikut standard yang dikehendaki oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan SIRIM. Lawatan ini telah berjalan dengan lancer dengan kerjasama dari para pelajar dan pensyarah serta pihak syarikat.