Warta KKAP Julai 2013 Jul. 2013 | Page 11

JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN | UNITSENIBINA Edisi JULAI - DISEMBER 2013 PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR PELAJAR (LUKISAN PERSEMBAHAN SENIBINA) Perkongsian Ilmu Bersama Pelajar Oleh: Jefri bin Din Grafik Senibina 1 merupakan salah satu skop kerja dalam bidang senibina. Ia penting dalam penghasilan lukisan persembahan senibina serta bertujuan memperkenalkan kepada pelajar berkaitan dengan media dan alatan yang digunakan dalam penghasilan lukisan dan lakaran. Selain itu, ia juga memberi pendedahan tentang teknik asas lukisan dan lakaran, figura senibina dan lukisan perspektif. Oleh itu, adalah amat penting bagi para pelajar untuk mengetahui teknik-teknik penghasilan lukisan persembahan bagi memenuhi keperluan industri semasa. Grafik Senibina 1 menerangkan fungsi dan kepentingan grafik dalam bidang senibina. Pelajar akan didedahkan dengan media dan alatan untuk menghasilkan lukisan persembahan senibina secara manual serta teknik lakaran, lukisan dan pemilihan warna. Pelajar subjek ini menghasilkan satu lukisan persembahan dan membuat pembentangan bagi membiasakan pelajar kepada suasana krit pada 4 Oktober 2013 bertempat di Studio Senibina 1. Lukisan ini dibentangkan supaya pelajar menguasai dan memahami serta berkongsi maklumat bersama pensyarah pada sesi krit. Sahsiah pelajar dibentuk dalam sesi tersebut dengan adanya kriteria persembahan. Pelajar yang hendak membentangkan hasil kerja dikehendaki berpakaian kemas dan mematuhi disiplin dalam membentangkan hasil kerja berkenaan. Sesi pembentangan seperti ini banyak mengubah persepsi pelajar tentang grafik senibina terhadap alam bina. Secara keseluruhannya, aktiviti berjalan lancar dan telah berjaya menaikkan semangat pelajar bagi meneruskan sesi pembelajaran akan datang. 11