Edisi JANUARI- JUN | 2013
UNITPEMPROSESANDANKAWALANMUTUMAKANAN
KKAP JUARA
PERTANDINGAN INOVASI PRODUK
PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA
HARI INOVASI SPK 2013
Oleh: Nurdilah binti Mohd Tajuddin
Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB)
telah mengadakan Hari Inovasi Peringkat
Kebangsaan sempena meraikan Hari Sijil
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
(SPK) 2013. Sehubungan dengan itu, lapan
orang pelajar daripada Program Pemprosesan
dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti
Arau telah dipilih bagi menyertai pertandingan
tersebut. Pertandingan ini terdiri daripada dua
kategori iaitu inovasi produk hasil buah-buahan
dan sayuran dan inovasi produk roti dan pastri.
Pertandingan ini diadakan selama dua hari
iaitu bermula dari 18 hingga 19 Mac 2013.
Objektif pertandingan tersebut adalah untuk
membudayakan program inovasi di kalangan
pelajar Pemprosesan dan Kawalan Mutu
Makanan, mencungkil bakat inovasi di kalangan
pelajar khususnya pelajar Kolej Komuniti
Arau serta mengeratkan silaturrahim antara
kakitangan dan pelajar Program Pemprosesan
dan Kawalan Mutu Makanan.
Pertandingan ini melibatkan pelajar-pelajar dari
Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
Program Sijil Kolej Komuniti (Terus). Sebanyak 25
kumpulan iaitu masing-masing terdiri daripada
Kolej Komuniti Arau (KKA), Kolej Komuniti Pasir
Salak, Kolej Komuniti Jelebu dan KKSB yang
menyertai pertandingan ini. Kolej Komuniti Arau
telah menghantar empat kumpulan pelajar yang
terdiri daripada dua orang bagi setiap kumpulan
untuk mempertandingkan produk inovasi bagi
kedua-dua kategori tersebut. Pelajar- pelajar ini
telah dibimbing oleh Puan Nurdilah binti Mohd
Tajuddin dan Cik Irna Jannah binti Mohamad.
Antara produk yang dipertandingkan oleh
KKA bagi kategori roti dan pastri ialah produk
daripada Serbuk Sampingan Kulit Pisang dan
produk daripada Serbuk Sampingan Sukun.
Manakala bagi kategori pemprosesan hasil
buah-buahan dan sayuran pula produk yang
dipertandingkan ialah Sos Belimbing Buluh
Masam Manis dan Chewy Sweet Dragon
Collagen. Di samping itu, KKA telah berjaya
mendapat tempat pertama bagi produk
daripada Serbuk Sampingan Sukun dan naib
johan bagi produk Sos Belimbing Buluh Masam
Manis. Sehubungan dengan itu, produk-produk
yang dihasilkan tesebut diharap dapat menjadi
satu produk utama yang dikeluarkan oleh Unit
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan,
Kolej Komuniti Arau.
Diharap juga dengan program inovasi yang
dianjurkan oleh KKSB ini dapat dijadikan kayu
ukur bagi Kolej Komuniti yang lain. Pertandingan
inovasi ini tidak hanya tertumpu kepada Program
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
sahaja, malah boleh dipertandingkan untuk
program-program yang lain. Budaya inovasi ini
merupakan suatu budaya yang sihat dan sesuai
bagi seluruh pelajar Kolej Komuniti amnya dan
Kolej Komuniti Arau khususnya.
15