UNITPEMPROSESANDANKAWALANMUTUMAKANAN
DEMONSTRASI HIASAN CUPCAKES SEMPENA
PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI PERLIS
2013
Mengasah bakat dan kreativiti pelajar UPK
Oleh: Nur Asma binti Darus
Program Jelajah Janji Ditepati Perlis 2013 telah
diadakan pada 3 Mac 2013 di Stadium Utama,
Kangar, Perlis. Unit Pemprosesan dan Kawalan
Mutu Makanan terlibat dalam penghasilan kek
cawan untuk demonstrasi hiasan cupcakes
di gerai pameran Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT). Beberapa orang pelajar Sijil
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
terlibat di dalam penghasilan kek cawan ini dan
dibimbing oleh Cik Irna Jannah binti Mohamad.
Kek cawan yang dihasilkan ialah kek cawan
Chocolate Moist dan aktiviti ini dijalankan di
Makmal Bakeri, Kolej Komuniti Arau.
Sebanyak 1500 biji kek cawan Chocolate Moist
dihasilkan yang mengambil masa selama dua
hari untuk disiapkan bermula dari 28 Februari
hingga 1 Mac 2013 iaitu dari 8.30 pagi hingga
5.00 petang. Selain itu, bahan-bahan untuk
hiasan kek cawan juga disediakan seperti
buttercream dan piping jelly. Bagi aktiviti
demonstrasi kek cawan, tiga orang pensyarah
terlibat iaitu Pn. Mawar Qadijah binti Ishak, Pn.
Nurdilah binti Mohd Tajuddin dan Cik Hasniza
binti Abdul Wahab dan dibantu oleh tiga orang
pelajar. Aktiviti ini secara tidak langsung
dapat menarik pengunjung untuk datang ke
gerai pameran KPT. Para pengunjung dapat
mengenali Kolej Komuniti Arau dengan lebih
dekat di samping dapat mencuba sendiri
menghias kek cawan dengan bayaran hanya
RM0.50 sahaja untuk sebiji kek cawan.
14
Secara keseluruhannya, aktiviti penghasilan
kek cawan ini berjalan dengan lancar. Walaupun
terdapat beberapa kekangan terutamanya
dari segi masa dan kekurangan tenaga kerja
disebabkan pelajar sedang bercuti semester,
semua yang terlibat dapat menyiapkan produkproduk tersebut dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Bagi demonstrasi kek cawan pula,
sambutan yang diberikan oleh pengunjung
pameran amat menggalakkan. Semoga aktiviti
seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa
akan datang.
Edisi JANUARI- JUN | 2013