Umrah DIY, paduan lengkap Vol 1.0 | Page 3

PENGENALAN UMRAH DIY
☆☆☆
……. ada yang nak murah, hotel dekat, ada yang nak“ free and easy” …… dan ada juga yang bajet tiada had asalkan tidak terikat
Jadi Umrah DIY( Do It Yourself) mungkin sesuai untuk jemaah seperti ini. Umrah DIY ialah perjalanan Umrah yang diuruskan oleh jemaah sendiri ke tanah suci dari awal hinggalah akhir. Keistimewaan Umrah DIY ialah jemaah boleh merancang bajet jemaah dan tidak terikat dengan jadual perjalanan pihak lain.

Walaupun Umrah DIY, jemaah masih tertakluk kepada peraturan Arab Saudi dimana jemaah perlu Nota Umrah DIY

mempunyai tiket penerbangan, hotel dan pengangkutan dahulu sebelum membuat permohonan visa daripada Travel Agensi( TA) tempatan. Jemaah tidak boleh lari dari memenuhi peraturan tersebut kerana perjalanan Umrah tidak sama dengan perjalanan ke tempat lain. ibnu arabi Kos Umrah DIY bergantung kepada 2 faktor pemberat utama iaitu tiket penerbangan dan hotel. Jika www. umrahdiy. com. my

jemaah dapat peroleh tiket penerbangan dan hotel pada harga yang murah, kos keseluruhan akan menjadi murah. Rekod Umrah DIY paling murah setakat ini ialah RM 2450 seorang ALL IN kerana jemaah tersebut peroleh tiket promosi MAS berharga RM 400 pergi balik dan berada disana selama 8 hari 7 malam. Sebagai panduan, kos purata mengerjakan Umrah DIY ialah sekitar RM 3000- RM 3500 seorang ALL IN selama 12 hari 10 malam.
Umrah DIY tidak disyorkan bagi mereka yang pertama kali ke tanah suci dan warga emas. Kami galakkan jemaah tersebut mengambil pakej Umrah 100 % dari TA sahaja. Jika ingin Umrah DIY juga, kami amat syorkan jemaah mengambil khidmat mutawwif sebagai pembimbing ibadah disana.
Syor kami bagi yang ingin Umrah DIY: 1. Kental fizikal dan mental 2. Saiz jemaah tidak lebih dari 8 orang 3. Bukan Umrah kali pertama 4. Sihat tubuh badan dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi 5. Patuh peraturan Arab Saudi
NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi