Umrah DIY, paduan lengkap Vol 1.0 | Page 2

KATA PENGANTAR
☆☆☆
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. E-Book yang berjaya diterbitkan ini adalah hasil dari rangkuman perkongsian ilmu dan pengalaman dari jemaah-jemaah Umrah DIY terdahulu. Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada mereka hendaknya. Penerbit E-Book ini hanya mengumpul dan menyusun kembali curahan ilmu dan pengalaman tersebut supaya lebih teratur serta kemas untuk memudahkan rujukan bakal jemaah kelak. Penulisan lebih‘ straightforward’ tanpa unsur penceritaan yang melankolik dan meleret-leret agar Nota Umrah DIY

pembaca dapat memahami lebih jelas apa sebenarnya isi penting yang hendak disampaikan.

Sungguhpun begitu, kandungan E-Book ini mungkin lebih cepat digarab atau difahami bagi golongan ibnu arabi

mereka yang terdedah kepada penggunaan teknolgi berbanding mereka yang sebaliknya. Oleh yang sedemikian, penerbit menasihati supaya mereka tersebut membuat rujukan tambahan. www. umrahdiy. com. my Akhir kalam, penerbit memberi keizinan untuk menyebarluaskan E-Book ini agar lebih ramai beroleh manfaat darinya kecuali untuk tujuan komersial ia adalah dilarang sama sekali. Semoga Allah merahmati kita semua dan makbulkan hajat kita menjadi TetamuNya. Ameen.

Labbaik Allahumma Labbaik! Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu!

Ibnu Arabi

Penerbit 12 Dec 2016, 12 Rabiulawal 1438H
NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi