BAB 13 – TUKARAN WANG
☆☆☆
Ada 4 pilihan :
1 . Tukar di Malaysia Jangan tukar di Airport kerana kadar tukaran sangat tinggi , atau kita perlu membayar lebih . Untuk rujukan harga boleh lawati website money changer dibawah kerana ia sering menjadi rujukan oleh sebab harga tawaran lebih menarik berbanding tempat lain .
www . moneymaster . com . my ( Mid Valley , Kuala Lumpur ) www . vitalrate . com ( Pavillion , Kuala Lumpur )
2 . Tukar di Makkah / Madinah
Nota Umrah DIY ibnu arabi
Dahulunya kadar tukaran di Tanah Suci biasanya lebih menguntungkan berbanding tukaran di Malaysia . Jika jemaah bercadang hendak tukar di sana seeloknya tukar dahulu dalam kuantiti tertentu di Malaysia selebihnya tukar di sana . Jemaah juga dinasihati agar sentiasa semak kadar tukaran semasa . www . umrahdiy . com . my
3 . Tukar sesama rakan Jemaah boleh tukar wang dari rakan yang baru pulang dari Tanah Suci .
4 . Online Money Changer ( MC ) Bagi mereka yang terlalu sibuk untuk ke MC ini pilihan yang tepat untuk jemaah . Bagi mereka yang luar Lembah Klang mungkin ini kadar lebih baik dari MC ditempat jemaah . Setakat ini ada 2 pilihan :
CIMB Traveller : https :// www . cimbclicks . com . my / wps / portal / travelCurrency Travellex : http :// www . travelex . com . my
Semudah 3 langkah : Beli online >> Bayar online >> Collect di airport sebelum berlepas
NOTA UMRAH DIY , Ibnu Arabi 16