BAB 12 - MAKAN MINUM
☆☆☆
Ada 3 pilihan :
1 . Beli di kios atau restoran Madinah Terdapat 1 medan selera dibelakang Hotel Dar Al Taqwa , lokasi terletak pintu belakang Masjid Nabawi . Disini terdapat banyak pilihan makanan . Harga serendah SAR 15 , 1 bahagian makanan boleh dimakan untuk 2 orang . Sekiranya jemaah ingin mencuba nasi unta dan sebagainya , jemaah perlu menaiki kereta sewa keluar dari kawasan hotel . Boleh rujuk mutawwif untuk maklumat lanjut .
Makkah
Nota Umrah DIY Terdapat banyak kios makanan dibawah Hotel Hilton . Harga serendah dari SAR 10 , boleh dimakan untuk
ibnu arabi
2 orang . Selain itu terdapat banyak restoran di tingkat 1 dalam Safwah Tower . Disitu juga terletaknya restoran Malaysia yang terkenal iaitu Felda D ’ saji dan restoran lain . Harga makanan disini agak mahal berbanding di bawah Hotel Hilton , tetapi rasanya lebih menyelerakan . www . umrahdiy . com . my
2 . Tumpang Jemaah TA Sekiranya kita menginap di hotel yang terdapat juga jemaah dari Travel Agensi Malaysia atau dari tempat lain , boleh cuba hampiri ketua jemaah mereka untuk menumpang pakej makan sahaja bersama mereka jika diizinkan . Biasanya kos makan pakej dibayar SAR 30 sehari untuk 3x makan sehari
3 . Masak Sendiri Bagi mereka yang bercadang untuk memasak sendiri , pastikan hotel jemaah menginap membenarkan kita memasak . Sesetengah hotel tidak benarkan membawa masuk rice cooker seperti Hotel Hilton . Barang memasak pula boleh beli di BinDawood atau boleh dibawa dari Malaysia
NOTA UMRAH DIY , Ibnu Arabi 15