the report 00 | Page 52

C. Cadangan terakhir saya bagi Suzi & Associates mengadakan kursus kepada kakitangan mengenai kepentingan kerja berpasukan supaya mereka lebih yakin dan dapat bersatu dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Ia dapat mengajar juga cara-cara apabila sesuatu masalah timbul kakitangan akan bersatu dan tidak akan menuding jari terhadap rakan sekerja masing-masing. Dengan motivasi seperti ini dapat meningkatkan prestasi pekerja.
6.5 CADANGAN KEPADA POLITEKNIK
A. Pihak politeknik perlulah mengadakan satu motivasi atau satu kelas bagi melatih pelajar mengenai cara-cara untuk berinteraksi dengan betul dan didedahkan alam pekerjaan. Ini supaya pelajar yakin sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar semasa menjalani latihan industri. Ini kerana pelajar mungkin mengalami masalah tersebut ditempat kerja seperti sukar untuk menyesuaikan diri dan malu untuk bertanya dengan pekerja lain apabila menghadapi masalah.
B. Pihak politeknik perlulah menghantar pensyarah yang bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar supaya pelajar dapat bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut apabila timbul masalah. Ini membolehkan pelajar yang mengalami masalah dapat menyelesaikan masalah atau kemusykilan dengan merujuk pensyarah yang arif.
52