the report 00 | Page 51

B.
Kekurangan kakitangan. Jumlah kakitangan yang dimiliki adalah seorang. Ini secara tidak langsung mengurangkan kebersanan dan kemampuan pertubuhan ini untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan cepat. Ini menyebabkan proses sesuatu pekerjaan dilakukan akan mengambil masa yang lama dan sekali gus menjejaskan prestasi syarikat.
C.
Ruang simpanan fail yang kecil. Sebagai pelatih yang ditugaskan untuk melakukan kerja pemfailan, saya mendapati ruang untuk menyimpan failfai didalam rak adalah terhad. Ini menyukarkan saya untuk menyimpan fail-fail yang banyak. Ini menyebabkan kesukaran untuk mencari fail yang dikehendaki kerana fail yang susun secara tidak teratur.
6.4 CADANGAN KEPADA ORGANISASI
A. Saya mencadangkan agar pihak Suzi & Associates dapat menyediakan jadual kerja untuk pelajar-pelajar yang menjalani program latihan industri ini seperti menyediakan bidang kerja yang betul, mengatur kerja yang harus dilakukan semasa latihan ataupun menyediakan jadual latihan agar pelajar boleh membuat persediaan awal. Dengan cara ini pelatih dapat membuat persiapan sebelum memulakan kerja
B. Saya berharap agar pihak Suzi & Associates menyediakan rak tambahan bagi memudahkan kerja-kerja penyimpanan fail. Ini juga dapat menjimatkan masa proses memcari sesuatu fail didalam rak.
51