setiap pekerja akan merasa diri mereka dihargai dan pekerja dapat memberikan komitmen yang penuh terhadap kerja.
C.
Sistem berkomputer. Setiap tugasan merekod yang Suzi & Associates menggunakan Sistem berkomputer secara keseluruhannya. Ini kerana setiap data yang disimpan selamat dan memudahkan kerja-kerja merekodkan. Selain itu Suzi & Associates telah menggunakan perisian MYOB bagi kerja-kerja merekod. MYOB ialah satu unit perisian merekod data dan juga untuk kegunaan akaun.
D.
Jujur dan amanah Setiap kakitangan menjalankan tugas dengan penuh jujur dan amanah. Ini dapat dilihat apabila setiap keputusan atau kerja yang dilakukan perlu mendapat keputusan daripada ketua jabatan terlebih dahulu. Sekiranya tidak mendapat kelulusan daripada ketua, pekerjaan tersebut akan dilakukan semula atau ditangguhkan.
6.3 KELEMAHAN ORGANISASI
A. Menambah kakitangan dalam tugas keceriaan. Jumlah kakitangan dalam bahagiaan keceriaan adalah sedikit iaitu seorang. Ia sedikit sebanyak telah melambatkan tugas untuk menceriakan suasana persekitaran di firma dan juga untuk menolong kakitangan lain apabila memerlukan bantuannya. Ini akan menyebabkan suasana yang suram dan pekerja akan berasa tertekan.
50