the report 00 | Page 5

1.1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Kira-kira lima bulan para pelajar akan diberi peluang dan pendedahan serta pengalaman menghadapi alam pekerjaan yang sebenar dimana ini dapat melatih diri pelajar dan memotivasikan diri dalam menempuh alam pekerjaan dimasa akan datang .
Berdasarkan kepada matlamat latihan industri ini , dapatlah para pelajar mempraktikkan apa yang dipelajari di politeknik dan mempelajari sesuatu yang baru di tempat latihan , selain itu ia juga dapat menguji minda pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerja yang diberikan .
Latihan industri juga memainkan peranan yang penting kepada para pelajar kerana pada masa inilah pelajar dapat mempelajari teknik-teknik pergaulan yang baik sewaktu bekerja dimana ia akan menunjukkan keyakinan diri yang tinggi .
Selain itu juga , pelajar juga dapat mencetuskan idea yang bernas dalam mencari peluang serta membantu pembangunan dan perkembangan sektor perniagaan di malaysia bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi negara .
5