the report 00 | Page 4

1.1.3 OBJEKTIF LAPORAN
Setiap pelajar politeknik diwajibkan menulis satu laporan Latihan Industri yang lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Politeknik. Buku laporan Latihan Industri adalah merupakan sebuah buku yang menerangkan dengan jelas kerja-kerja amali dan teori yang dibuat oleh pelajar sepanjang mereka menjalani Latihan Industri.
Di antara objektif laporan Latihan Industri ialah laporan tersebut akan menjadi bukti kepada latihan yang diikuti oleh pelajar. Dengan ini pelajar tidak boleh sewenang-wenangnya ponteng dari menjalani Latihan Industri kerana jika pelajar berbuat demikian, laporan yang ditulis mestilah tidak lengkap dan tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh pihak politeknik.
Selain itu, buku laporan tersebut akan mendokumentasikan aktivitiaktiviti sepanjang latihan. Laporan yang dibuat adalah hal-hal yang berkaitan dengan apa yang mereka pelajari dan perolehi semasa menjalani Latihan Industri. Laporan tersebut juga boleh digunakan sebagai dokumen sokongan.
Laporan yang kemas akan meyakinkan diri seseorang pelajar dalam menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna dan bertanggungjawab. Langkah ini penting supaya proses pembelajaran latihan industri yang dijalankan berkesan kepada pelajar.
4