the report 00 | Page 48

pengetahuan yang dipelajari semasa kuliah maka semasa tempoh latihan industri inilah pelajar berpeluang mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa di dalam kelas. Perbandingan antara teori dan keadaan sebenarnya amatlah berguna untuk pelajar memahami dengan mendalam apa yang telah dipelajarinya. Segala aktiviti semasa menjalani latihan industri telah saya nyatakan di dalam buku laporan ini. Buku laporan ini menerangkan lebih lanjut perkara yang dilakukan sepanjang latihan industri.
Penguasaan bahasa inggeris juga amatlah penting kerana penguasaan ini adalah amat meluas melalui alam pekerjaan. Ini kerana setiap perkara yang terdapat di dalam komputer seratus peratus digunakan di dalam bahasa inggeris. Buku manual pengendalian sesuatu aplikasi juga digunakan dalam bahasa inggeris. Ini bermakna, penguasaan bahasa inggeris juga adalah suatu kewajipan pelajar sama ada bagi pengendalian sesuatu aplikasi ataupun mengendalikan sesuatu situasi pekerjaan.
Akhir kata, dapat saya simpulkan bahawa matlamat latihan industri ini telah tercapai dan banyak memberi manfaat serta mematangkan pemikiran para pelajar. Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’ adzam Shah serta pensyarah yang telah banyak memberi pengetahuan kepada saya dan tidak ketinggalan juga kepada pihak Suzi & Associates kerana telah banyak membantu menjayakan latihan industri ini. Segala pengalaman yang diperolehi amat bermakna bagi saya untuk menempuhi pekerjaan kelak.
48