the report 00 | Page 47

BAB 5 KESIMPULAN
Latihan industri yang dijalankan di Suzi & Associates telah berjaya mencapai matlamat dan objektif bagi kursus yang ditawarkan kepada para pelajar samada dalam bidang pengauditan serta perakaunan.
Perjalanan kursus ini telah banyak memberi pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok pengauditan terutamanya pengauditan terhadap akaun syarikat kepada pelajar. Sepanjang menjalani latihan industri di Suzi & Associates, pelatih banyak didedahkan kepada suasana sebenar alam pekerjaan penjawat awam. Latihan industri ini juga telah memberi kemahiran dan pengetahuan teori dan amalanamalan pengauditan yang sedia ada terutamanya mengenai bidang pengauditan akaun syarikat.
Selain daripada itu, pembelajaran yang dapat semasa latihan industri juga ialah keyakinan diri yang tinggi. Pelatih didedahkan dengan alam pekerjaan yang memerlukan keyakinan diri yang tinggi di mana pelatih haruslah berhadapan serta bersemuka dengan pekerja-pekerja untuk melakukan sebarang urusan penghantaran dokumen atau perbincangan. Dengan ini pelatih akan lebih bersedia dan dapat menghadapi alam pekerjaan yang sebenar nanti. Disamping itu juga, ia dapat mendidik pelajar supaya bersemangat dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Sejajar dengan latihan industri ini juga, para pelajar dapat mempraktikkan segala
47