the report 00 | Page 21

3.4.12 MINGGU KEDUA BELAS( 5 MAC 2012 – 9 MAC 2011)
A.
Pelatih menyambung kerja dengan merekod perbelanjaan tunai yang dibayar secara cek oleh Syarikat Aftech Engineering. Perbelanjaan yang tidak ketahui asal usulnya akan dimasukkan ke dalam akaun Suspense expenses atau dikenali sebagai perbelanjaan tergantung. Setelah merekod semua perbelanjaan Syarikat Aftech Engineering, pelatih meneruskan dengan perekodan baki akhir syarikat tahun lepas sebagai Opening balance.
B. Setelah siap memasukkan perbelanjaan tergantung ke dalam akaunnya, haruslah disemak semula supaya tidak ada yang direkod dua kali malah perbelanjaan yang dapat dikenal pasti harus dikeluarkan dari akaun perbelanjaan tergantung. Seterusnya pelatih membuat Balance sheet serta dengan Trial balance syarikat di Microsoft excel.
C.
Pelatih diberi kerja kedua dalam minggu ini untuk merekod jumlah laundry Lost World Of Tambun. Barang yang direkod dalam Microsoft excel hendaklah sama dengan kuantiti yang ada tercatit dalam resit yang diberi oleh Syarikat Lost World.
D.
Pelatih dikehendaki untuk membuat Trial Balance dan Balance sheet bagi Syarikat Sun Ray( Bullion) dan item dari Trial balance serta Balance sheet tahun lepas akan dihantar ke audit report Sun Ray( Bullion).
3.4.13 MINGGU KETIGA BELAS( 12 MAC 2012 – 16 MAC 2012) A. Pelatih diminta untuk menyiapkan audit report Syarikat Sun Ray( Bullion) dengan mengemaskini semula audit report..
21