B.
Pelatih diberi penerangan mengenai penggunaan sistem Mind Your Own Business( MYOB) bagi menyemak kembali perekodan yang dilakukan bagi perbelanjaan serta hasil yang diterima.
C.
Perbelanjaan yang dibayar secara cek perlu disemak dengan penyata bank yang telah disertakan bersama dokumen yang diterima oleh syarikat Suzi & Associates. Semakan haruslah berdasarkan jumlah wang yang dikeluarkan serta nombor cek yang tertera pada cek yang dikeluarkan.
D.
Dokumen perbelanjaan yang terlibat dan selalu kelihatan adalah invois( asal), resit, cash bill, baucer, cek dan memo. Pelatih juga diberi peluang untuk bertanya tentang dokumen yang tidak difahami dan juga dokumen yang tak pernah dilihat seperti nota debit.
3.4.3 MINGGU KETIGA( 2 JANUARI 2012- 6 JANUARI 2012)
A. Pelatih menyambung kembali kerja-kerja merekod berdasarkan dokumen yang telah diterima tetapi kali ini dokumen invois( salinan) yang diperolehi daripada Tenaga Nasional Berhad( TNB).
B.
Dalam minggu ketiga ini terdapat dokumen yang tiada tarikh, nama syarikat dan cop pembayaran diterima. Dokumen seperti ini dimasukkan ke dalam MYOB sebagai hasil yang tergantung atau dikenali sebagai“ suspense revenue”.
C.
Segala penerimaan tergantung serta pembayaran tergantung perlu disemak sama ada ianya dibayar secara cek atau tunai. Jikalau dibayar secara tunai, perlulah dimasukkan diruang tunai manakala dibayar
14