the report 00 | Page 13

3.4.1 MINGGU PERTAMA( 19 DISEMBER 2011 – 23 DISEMBER 2011)
A. Melaporkan diri di Suzi & Associates pada jam 9.30 pagi, 19 November 2011. Pelatih dipanggil oleh Pegawai Tadbir iaitu Puan Suzila binti Mohd Dali dimana pelatih perlu menyerahkan surat lapor diri latihan industri.
B.
Kemudian, pelatih diminta memilih tempat untuk melakukan perakaunan syarikat dalam masa yang sama pelatih serba sedikit diberi penerangan oleh Cik Farah Zalikha binti Ramli tentang penggunaan sistem Mind Your Own Business( MYOB) dan berkenalan dengan pekerja-pekerja di pejabat.
C.
Juga pada hari tersebut diberi peluang untuk menambah pengetahuan mengenai Suzi & Associates.
Pelatih mendapat ilmu serba sedikit mengenai perakaunan yang akan dilakukan.
D.
Pada hari seterusnya, pelatih menyambung kerja merekod perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat pelanggan iaitu Attan Hardware & Supplies berdasarkan dokumen yang telah diberi kepada Syarikat Suzi & Associates.
E.
Pelatih diamanahkan untuk melakukan perakaunan syarikat secara jujur dan melakukannya dengan betul berdasarkan dokumen sepanjang tahun yang diperolehi dari syarikat pelanggan.
3.4.2 MINGGU KEDUA( 26 DISEMBER 2011 – 30 DISEMBER 2011) A. Pada minggu kedua, pelatih menyambung kembali merekod perbelanjaan syarikat yang diberi oleh Puan Suzila.
13